Artikel Terkini

Showing posts with label Sepahit Jadam. Show all posts
Showing posts with label Sepahit Jadam. Show all posts

Mengapa Tarbiyyah?

Info  | Beli Buku 
Islam adalah penuh isi. Isinya semuanya berguna. Gunanya adalah untuk manusia kekal sebagai manusia sebagaimana ia diciptakan seawal kejadiannya. Kejadiannya adalah sebagai sebaik – baik ciptaan oleh tuhan pencipta di alam ciptaannya. Jika manusia tidak mengekalkannya, maka ia boleh bertukar menjadi seburuk – buruk dan sehina – hina makhluk di mata penciptanya.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku 
Deminya Islam diturunkan. Islam adalah Al Quran dan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Al Quran adalah isi yang sempurna pengajarannya sedang RasuluLlah adalah pembaca, pengajar dan pendidik manusia yang menerima Al Quran sebagai petunjuknya. Maka ia adalah Islam yang bermaksud sebuah kesempurnaan. Sebabnya, Al Quran adalah kalam Allah dalam surah – surah yang dibacakan ke atas hambaNya yang diciptakan. RasuluLlah pula adalah utusanNya dari langit yang sengaja disucikan daripada noda demi sebuah pengajaran, qudwah dan ikutan yang sempurna.

Tiada yang mengenal manusia selain Allah. Dia menciptakan manusia dan alam yang mengelilinginya dan mempengaruhinya. Manusia tewas kepada apa yang mempengaruhinya dalam hidupnya. Ia terumbang ambing di antara unsur baik dan unsure jahat yang mengasak kehidupannya. Hasilnya, lahir insan yang begitu tinggi peribadinya dan lahir juga insan yang begitu rendah peribadinya. Kemudian bayangkanlah betapa luasnya ruang yang menjarakkan antara lapisan – lapisan di antara kedua – duanya yang menjadi petunjuk kemulian dan kehinaan manusia.

Bagaimana manusia mampu hidup dalam dunia yang serba asing ini? Manusia hanya bertahan hidup 70 tahun dalam kehidupan raya yang umurnya telah melangkau juta – juta tahun. Banjaran Titiwangsa itu telah menyaksikan datuk kita yang pertama menjejak Tanah Melayu ini beribu tahun dulu sedang kita ini mujurlah sempat melihat Tok Janggut pada potret syahidnya yang mulia. Mana ilmu kita yang ‘tinggi’ itu untuk mengenal erti kehidupan semesta raya ini?


Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku 

Manusia karam dalam kegelapan kejahilan. Mereka mewarisi kejahilan temurun jauh ke depan mendahului pusaka ilmu yang sedikit. Di mana harus dimulakan ilmu ini? Pastinya ia mesti bermula dari mula iaitu dari mula Adam alaihis salam diciptakan atau dari mula beruk kera ‘datuk Darwin’ diciptakan. Inilah ilmu pertama yang didambakan setiap kita iaitu dari mana kita, mengapa kita di sini dan ke mana kita selepas ini? Siapa Darwin untuk menjawab soalan ini? Adakah dia disemat sakti untuk kembali ke perut ibunya untuk menyelami kehidupan di alam rahim lalu menerobos laluan malaikat ke alam ruh sebelum ditiupkan ke rahim ibu? Itukah Darwin dalam pengenalannya?

Maksudnya adalah pencarian dalam kegelapan. Berani yang membuta tuli. Apa ertinya selain kesesatan yang bertambah dan kekalahan yang mengecewakan.

Tetapi manusia tidak dibiarkan begitu selamanya. Ada tangan yang menghulur. Ada pertolongan yang tiba. Ada keajaiban yang hebat. Maka lahir manusia yang tidak dilihat kekecewaannya lantaran pengetahuannya yang hebat mengenai kehidupan. Dia hidup dalam dunia yang benar. Pegangannya benar. Pendiriannya benar. Cakapannya benar. Tindakannya benar dan ajakannya adalah benar. Benar adalah kebenaran dan kebenaran itulah al haq. Al haq adalah mutiara kehidupan dan tiangnya.

Mengapa lahir manusia seperti ini dalam kelam duniawi ini? Itulah kerana keajaiban yang dimaksudkan. Kerana pertolongan yang tiba dari pencipta manusia yang mengetahui segalanya mengenai manusia. Dialah Allah tuhan yang menciptakan segalanya. Tiada sesiapa sebelum dan selepasNya.

Allah memberi kita sinar yang memancar. Dialah cahaya langit dan bumi. Sinar itulah Al Quran dan tubuh qudwah sallaLlahu alaihi wasallam.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku  

Al Quran adalah isi yang penuh. Di dalamnya pengajaran yang penuh kebenaran yang berguna. RasuluLlah adalah utusanNya. Baginda membacanya, mengajarnya dan menyucikan manusia daripada kelam kejahilan dan dosa.

Manusia adalah ruh yang dibalut tanah. Ruh adalah dari sisi Allah, diturunkan lalu ditiupkan ke dalam kerangka dari tanah yang diuji kesempunaannya sebagai ciptaan terbaik. Manusia adalah ruh langit yang bertandang buat sementara di bumi ini.

Ia mulia kerana ia adalah dari sisi Allah. Maka, mengenali ruh adalah sebaik – baik ilmu untuk manusia. Allah memberi kita ilmu yang sedikit tetapi mencukupi untuk mengenal diri dan kehidupan secara yang benar dan membahagiakan.

Jika kita memahami ini, kita akan lebih mudah untuk mengerti mengapa ilmu pendidikan hati dan jiwa menjadi begitu penting dan mesti. Tarbiyyah adalah inti pengajaran Al Quran yang melengkapkan pengajaran akidah dan syariat. Kita bergerak dan berfikir pada laluan dan lenggok hati yang berbagai – bagai. Di situlah jatuh bangun mausia berterusan.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku  

Sepahit Jadam

Petikan Buku | Beli Buku 
ISBN: 9789834460662
Bilangan Muka Surat: 210
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 20.00 + RM 2.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Antara isi kandungan buku:
1. Jalan yang lurus
2. Saya sebelum hari ini I
3. Saya sebelum hari ini II
4. 100 tahun al-Imam Hassan Al-Banna
5. 30 hari dah
6. Ada apa pada nama
7. Kelahiran
8. Hari belia Kelantan
9. Merdeka
10. Kita pejuang PAS
11. Hujung Zulhijjah 1430 Hijriyyah
12. Datuk kita adalah ikutan terbaik
13 Assalamualaikum CINCAI
14. Dosa
15. Kegelapan
16. Keluarga kami ada Nik Adli
17. Ramadan di hospital
18. Ramadan I
19. Ramadan II
20. Ramadan III
21. Ramadan IV
22. Susah dan senang beriringan
23. Antara nyawa babi dan nyawa Muslim
24. Mengapa Tarbiyyah?
25. Takbir hari raya dan takbir pilihanraya
26. Nik Adli bebas
27. I'ktikaf di hospital
28. Negari kebajikan vs Negara Kebajikan
29. Raya di rumah Amy Search
30. Bulan Zulhijjah dan ISA
31. Orang PAS perlu berani, sabar, istiqamah dan kena lawan
32. Dari Kota Belud I
33. Dari Kota Belud II
34. Kemenangan melalui kesempurnaan berjemaah
35. Hijratur Rasul
36. Kukuhkan jentera
37. Mengapa rakyat Kelantan terus memilih PAS?
38. Lawatan ke United Kingdom
39. Berjalan di bumi hijau
40. Buku dari Beirut ke Juruselam
41. Tersasar dan terbabas daripada nur-Nya
42. Bersatu adalah isu umat sepanjang zaman.
43. Konsert Rock Rohani di Kota Bharu
44. Minyak naik, bukan perihal siapa yang lebih zalim
45. Hidangkan ku secangkir kopi
46. Islam Ulama' dan Syura
47. Hikmah Ramadan
48. Kita dan Palestin
49. Di sebalik banyak buku yang di baca
50. Tahniah
51. Mari mendidik anak I
52. Mari mendidik anak II
53. Sifat benar