Artikel Terkini

Showing posts with label Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2. Show all posts
Showing posts with label Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2. Show all posts

Professor Dr. Zulkifli Muhammad: Permata Ummah di Alam Melayu

Dato' Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dari tahun 1956-1964. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan (1959-1964).Profesor Dr. Zulkifli Muhammad telah memberikan sumbangan besar kepada gerakan Islam di Tanah Melayu. Beliau menjadi Ahli Parlimen yang paling menonjol di antara tahun 1959-1964. Beliau mencatat sejarah apabila berucap selama EMPAT JAM di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang Undang-undang Malaysia. Di sidang Parlimen, beliau mendesak supaya Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Antara jasa dan sumbangan Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah :
  1. Menentang keganasan komunis di Kuala Kangsar, Perak.
  2. Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.Aktif dalam bidang penulisan.
  3. Menghasilkan tulisan yang berbentuk rencana seperti Falsafah Akhlak dalam Islam, Umat Islam Sekarang Makin Mundur, Peranan Filem dalam Masyarakat, Economic Justice, dan Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam. Beliau juga menghasilkan tiga buah buku iaitu Masyarakat dan Syariat, Analisa Tentang Beberapa Masalah Hidup, dan Pegangan Hidup Umat Islam.
  4. Menggerakkan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang (1953). Usaha beliau dalam menggerakkan penubuhan Kolej Islam Malaya telah mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA), Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat pada 15 Julai 1957.
  5. Mencetuskan idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
  6. Memberi perhatian mengenai masalah Bahasa Melayu dan merintis penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Pendeta Za'ba. Beliau menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pembinaan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memastikan Bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat.
  7.  Melahirkan idea-idea kreatif yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan. Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental serta diadun dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.
  8. Menyokong cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah institusi yang akan memartabatkan Bahasa Melayu.

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2

Tajuk Buku: Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden (Siri Kedua)
ISBN: 978-983-44606-8-6
Bilangan Muka Surat:229
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 25.00
Sabah dan Sarawak: RM 27.00


Isi Kandungan Buku:
1. Dr. Zaghlul An-Najar: Ahli Professor Geologis Muslim berjiwa Haraki
2. Dr. A'idh Al-Qarni: Ulama' Muda berdakwah melalui penulisan
3. Solah Syadi: Pegawai Polis yang komited dengan Islam
4. Syeikh Mahfuz Nahnah: Hadapi Tribulasi dengan penuh ketenangan jiwa
5. Dr. Wahbah Az-Zuhaily: Kejora di Langit Malam
6. Syeikh Saiyid Sabiq: Tokoh Hadis yang di beri kepercayaan oleh Imam Hassan Al-Banna
7. Dr. Abdul Karim Zaidan: Saat dakwah menjengah penjara di Iraq
8. Sa'id Ramadan: Legasi Hassan Al-Banna
9. Syeikh Muhammad Mahmud As-Sowaf: Perintis dan Pengasas Gerakan Islam di Iraq
10.Syeikh Abdul Hamid Ben Badis: Tonggak Hadapan Islam di Algeria
11. Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) Dalam Kenangan: Dari Gudang Ilmu ke Kancah Siasah
12. Syeikh 'Izuddin Al-Qassam: Inspirasi Perjuangan Hamas di Palestin
13. Syeikh Ali Tantawi: Tokoh Ikhwan Syria berdada dengan kezaliman
14. Islam Haniyyeh: Berjuang untuk Islam Sejak Zaman Remaja
15. Muhammad Mehdi Akef: Al-Mursyidul Am Ikhwan yang membadai gelora
16. Hakim Hassan Al-Hudaibi: Pengganti Imam Hassan Al-Banna yang terserlah ketokohannya.
17. Umar Tilmisani: Pejuang gigih membela Islam dengan segala apa yang ada pada diri
18. Muhammad Hamed Abu An-Nasr: Al-Mursyidul 'Am Keempat Ikhwan Muslimun.
19. Khaled Masy'al: Penrancang Politik Hamas yang berkesan
20. Maa'mun Al-Hudaibi: Al-Mursyidul 'Am keenam yang tegas dan berwawasan
21. Syeikh Abdel Badi' Saqar: Berjuang tegak Islam bersama Imam Hassan Al-Banna.
22: Syeikh Dr As-Saiyid 'Askar: Manafaatkan ilmu untuk tegak Islam dalam Parlimen
23: Dr. Maryam Soleh: Tokoh Muslimah dalam Kabinet Hamas
24. Syeikh Ali-As-Sobuni: Tokoh Islam yang mencintai ilmu
25: Hamzah Yusof: Pendakwah Amerika yang menyonsang arus jahiliyyah moden
26: Dr.Zakir Naik: Pembela Islam dengan hujah Al-Quran
27: Yvonne Ridley: Pendukung Kuat Ikhwan Muslimin setelah menerima Islam
28: Syeikh Nasiruddin Al-Albani: Tokoh Hadis yang komited dengan ilmunya.
29: Syeikh Ahmad Deedat: Permata Islam yang hilang
30. Dr. Tariq Ramadan: Nyalakan Obor Islam di Switzerland dan Eropah
31: Ahmad Saiful Islam Hassan Al-Banna
32: Dr. Muhamad Natsir: Sesepuh Dakwah Indonesia
33: Professor Dr. Zulkifli Mohammad: Permata Ummah di Alam Melayu