Artikel Terkini

Showing posts with label Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan. Show all posts

Piagam Taiping dan Perisythiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Info |  Beli Buku ini 
Di samping berusaha keras untuk menggerakkan ulama Melayu dan mempertahankan kepentingan orang Islam, termasuk mempertahankan sekolah-sekolah agama, Dr Burhanuddin berusaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Pada tahun 1945, Dr Burhanuddin bersama Mustapha Hussein telah menemui pemerintah  Jepun di Taiping untuk membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu seperti mana Indonesia. Dalam perundingan tersebut, Jepun mendakwa mereka tidak pernah menjanjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Hal ini ditolak oleh Dr Burhanuddin dan Mustapha Hussein kerana Jepun telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada akhir 1941.

Bagi meredakan tuntutan Dr Burhanuddin ini, Jepun telah mengarahkan Dr Burhanuddin supaya menyediakan satu piagam atau perlembagaan bagi Tanah Melayu merdeka. Dr Burhanuddin kemudiannya telah menyusun satu piagam yang dinamakan "Piagam Taiping" sebagai draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka bersama Mustapha Hussein. Draf ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan pada hari ini tetapi kisahnya dirakamkan oleh Mustapha Hussein dalam memoirnya. Dipercayai usaha ini berlak serentak dengan tindakan Sukarno membawa usul supaya Tanah Melayu dimasukkan bersama-sama dalam perlembagaan Indonesia kepada Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia pada 28 Mei 1945.

Kesan daripada Piagam Taiping dan Undang-undang Dasar Indonesia 1945, Sukarno dan Dr. Hatta telah berolak ke Saigon untuk membincangkan soal kemerdekaan Indonesia dan Tanah Melayu dengan Field Marshall Terauchi. Dr Burhanuddin yang sudah berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan pegawai Jepun dari Singapura dan Tokyo bersama Sheikh Abu Bakar al-Baqir pada awal Ogos 1945 telah menyertai Ibrahim Haji Yaakub untuk berbincang dengan Sukarno dan Dr Hatta di Taiping pada 13 Ogos 1945 untuk merancang kemerdekaan Indonesia Raya.

Dr.Burhanuddin
Mustapha Hussein
Mereka telah mengatur satu persidangan bagi menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) pada 17 Ogos 1945 di Kuala Lumpur. Tujuan persidangan ini ialah untuk mengisyitiharkan kemerdekaan bersama pada 17 Ogos 1945 dan membentuk kabinet Tanah Melayu merdeka. Persidangan 17 Ogos ini berjalan lancar tetapi tidak dapat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana pihak Jepun telah menyerah kalah secara mendadak pada 15 Ogos 1945, iaitu selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika Syarikat.

Kegagalan pengisytiharan kemerdekaan ini telah membolehkan British menjajah semula Tanah Melayu dan menubuhkan Malayan Union pada 1946. Walaupun Dr Burhanuddin gagal memerdekakan Tanah Melayu ekoran kekalahan Jepun dua har lebih awal dariapada tarikh tersebut, yang jelas sepanjang empat tahun menjadi pegawai Jepun, Dr Burhanuddin telah berusaha keras untuk menggerakkan ulama, mempertahankan kepentingan Islam dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Sumber


Sumber

Sumber

Rujukan:

  1. http://pustakajundi.blogspot.com/2011/01/ulama-dalam-sorotan-perjuangan.html
  2. http://matamin02.blogspot.com/2009/08/mustapha-hussein-berjuang-untuk.html
  3. http://matamin02.blogspot.com/p/dokumen.html


Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara

Info  | Beli Buku Ini
Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara sebenarnya telah di kesan berlaku semenjak sebelum kejatuhan Melaka lagi.

Silatus Salatin telah merakamkan peranan Maulana Yusof, seorang ulama yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana dan kesan daripada pengajaran ilmu agama, penterjemah kitab-kitab serta penerapan semangat jihad telah menyebabkan rakyat Melaka bangkit mempertahankan negeri daripada penjajah menjelang akhir abad ke -15. Melalui pengaruh ulama dari Timur Tengah, Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Othmaniyah Istanbul bagi memastikan bumi Islam dapat di pertahankan daripada serangan Barat.

 Menjelang akhir 1492, iaitu ketika jatuhnya Kerajaan Islam Cordova di Eropah, usaha-usaha penaklukan ke atas bumi Islam telah di lakukan. Kerajaan Islam di Utara Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara menjadi sasaran Barat. Menyedari perkembangan kebangkitan Barat ini, pada 1482, Sultan Melaka telah mengirimkan Hang Tuah untuk mengadakan hubungan dengan Syarif Mekah dan juga Sultan Rom (Istanbul). Antara isu utama yang di perbincangkan ialah usaha-usaha untuk menyelamatkan negara Islam di Asia Tenggara daripada serangan Barat. Rombongan diplomatik Hang Tuah telah di berikan bantuan meriam dan bedil untuk mempertahankan Melaka daripada serangan musuh.

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

Petikan Buku
Tajuk Buku: Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan
Bilangan Muka Surat:194
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 22.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi kandungan:
1. Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat
2. Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan
3. Perjuangan Ulama' Menentang Penjajah:
- Indonesia
- Acheh
- Libya
- Algeria
- India
- Mesir
- Palestin
- Iraq
- Sudan
- Pattani

4. Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam
5. Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah
6. Menongkah Penjajah: Ulama' Dalam Jihad Kemerdekaan
7. Gerakan Kemerdekaan Berpusat di Mekah
8. Sheikh Ahmad Muhammad Zain: Bapa kemerdekaan Melayu
9. Kebangkitan Jihad Ulama ke atas British
10. Gerakan Ulama Reformis
11. Dr. Burhanuddin dan Ulama Zaman Jepun.
12. Ulama mengasaskan Partai Politik
13. Ulama menyusup dalam Umno
14. PAS Manifestasi Gerakan Ulama ke arah kemerdekaan

Ulasan Penerbit:
Kemerdekaan adalah nikmat paling tuntas yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap mahluk kerana secara dasarnya setiap kita dilahirkan untuk menghirup udara segar kemerdekaan, tidak dipasung akal dan jasad, serta tidak memperhambakan diri kepada mahluk selain daripada Allah. Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipertahankan kerana penjajahan mampu berulang malah boleh menyerkap manusia dengan penjajahan dalam versi baru tanpa kira sedari.

Buku ini adalah pendokumentasi sejarah para alim ulama yang memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasul SAW, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang Penjajah samda Barat atau Timur. Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi. Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.

Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Sheikh Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong. Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.

Hasrat murni kami ialah supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. Penerbit mengharapkan buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama.