Artikel Terkini

Cinta Di Langit Gaza


Beli Buku | Info 
Terkedu saya di birai katil hotel kecil Therdford apabila menonton skrin kaca TV melalui siaran BBC yang menayangkan aksi serangan udara zionis. Juga aksi sadis mangsa yang bergelimpangan diterjah api dan timah hitam zionis. Bunyi jeritan kesakitan yang menjadi suara latar kepada serangan zionis itu.

Visual pasukan polis yang sedang berbaris diterjah dengan serangan udara sangat meruntun perasaan, kelihatan mangsa serangan yg cedera menunjukkan jari tanda syahadah ke udara. Bangunan-bangunan Kementerian Dalam Negeri diserang secara sistematik oleh israel terutama balai polis yg dikawal oleh Keselamatan HAMAS.

"Binatang terkutuk bangsa pengecut" luah mulut saya spontan. Ada sebal berbuku di hati. Semua media menjadikan serangan ini isu utama mereka lantas membangkitkan ribuan protes di seluruh belahan dunia. Pelbagai pihak menunjukkan rasa marah termasuk orang bukan Islam yang bergabung dalam koalisi anti-perang. Jumlah mereka ini juga sangat ramai dan sentiasa mengecohkan bumi Britain yang menjadi sekutu Amerika dalam perang Teluk dan Afghanistan.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Saya ketagih" luah saya kepada seorang teman.

"Ketagih apa Ustaz?" tanya anak muda lulusan perubatan di Dublin itu kepada saya, polos serta jujur dengan sorotan mata yg bening.

"Saya ketagih nak berdemontrasi. Isu ini isu besar. Jangan rakyat Malaysia kita tidur di saat Palestin menuntut pembelaan dan perhatian kita sebagai saudara seaqidah mereka" jawab saya.

"Hanya bahasa jihad dan darah yang akan membela saudara kita di Palestin dan Lubnan. Islam hanya tertegak dengan jihad!" tempik garang Azli dalam ucapan ringkas dan penuh bersemangat. Ucapan itu disertai dengan laungan takbir yang bergemuruh di udara oleh peserta demonstrasi.

Pidato Azli menjadi sehebat janggutnya yang panjang mengurai. Janggut Azli adalah mahkota hati. Ia seringkali juga mengundang kekeliruan. Menguasai bahasa Urdu dan bahasa Inggeris dengan baik membolehkan Azli cepat di terima sebagai anggota misi tetap kerana janggut juga dalam kes misi tertentu namanye dikeluarkn dari senarai pendek.

" Jom Ustaz.Kita pergi sendiri ke Acheh. Ramai kawan-kawan lain pun nak ikut " kata Haji Mat Ariffin kepada saya membuka misi kemanusiaan.

"Kita ke Acheh. Lagi puas hati dapat membantu secara lansung, bukan dengar dari jauh " ujar Zul Wahijan pula dengan penuh semangat.

Acheh, bukanlah nama asing bagi kita rakyat Malaysia kerana sejarahnya terpaksa kita tekuni dibangku sekolah atau Universiti dalam subjek sejarah atau tamadun islam. Terjahan ombak besar Tsunami pada 26 Disember telah memberikan kesan yang besar kepada Acheh dan Sumatera Utara berbanding dengan wilayah yang lain.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Dianggarkan korban seramai 240000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi ini juga telah menyebabkan 35000 kanak-kanak menjadi yatim dan mereka terpaksa mendiami khemah-khemah pengungsian dan juga di panti anak-anak yatim.

Isu anak yatim ini menarik perhatian dunia apabila seramai 300 anak yatim Acheh dilarikan oleh pertubuhan Kristian World Help yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.

Inilah kesannya jika kita umat islam hanya memilih untuk berpeluk tubuh. Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka. Perut yang lapar dan kedinginan malam akan menyebabkan mangsa dengn senang di tarik oleh misionari kristian yang bertopengkan badan kebajikan" kata saya dalam satu kuliah.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

No comments:

Post a Comment