Artikel Terkini

Cinta Di Langit Gaza

Tajuk Buku: Cinta Di Langit Gaza
ISBN: 978-983-446-067-9
Bilangan Muka Surat:291
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 20.00+RM 2.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
------------------------------------------------
Isi Kandungan:
1. Cinta di Langit Gaza
2. Laungan Bantahan
3. Melepaskan ketagihan
4. Hati tersayat di Bumi Pelarian
5. Bersiap ke Gaza
6. Meredah laluan ke Gaza
7. Membelah laluan ke Gaza
8. Muslimat Palestin berbeza?
9. Di sepanjang perjalanan
10. Mesir: Jari Kelinking Berkait
11. Mesir yang dungu
12. Mengimbau Kenangan
13. Tiba di Al Arish
14. Aku bukan pengganas
15. Cemas di Imigresen
16. Saat Tuhan Memilih Kami
17. Api Memercik Darah
18. Alah Biasa Tegal Biasa
19. Hospital As Shifa: Saksi bisu sketsa gila
20. Jabalieh Beratap Langit Merah.
21. Palestin Bersimpuh.
22. Bantuan dari Langit.
23. Sheikh Ahmad Yassin: Mentor Jihad
24. Siapakah Sheikh Ahmad Yassin?
25. Rantisi: Sang Perawat
26. Yang Menyembuhkan
27. Acheh: Misi Bantuan Tsunami
28. Acheh: Di Peta Hati Ummah
29. Acheh 1945-2005: Bermandi Keringat dan Luka
30. Misi Bantuan Anak Yatim
31. Misi bertolak
32. Anak yatim yang rawan
33. Penculikan anak yatim Acheh
34. Titik mula membuka Panti Asuhan
35. Bertolak Pulang
36. Kemaksiatan yang mengundang kemurkaan Alllah.
37. Petaka amaran dari langit.
38. Pengandaran yang rebah.
39. Pada masa yang salah.
40. Meredah kawasan perbukitan.
41. Serbuan.
42. Saat merapi memuntahkan lahar.
43. Islam Liberal Membiak
44. Teman Baru yang ramah
45. Pemurah dan harga diri
46. Misi Kedua
47. Menggarap isu dan menggalang demonstrasi
48. Jalan juang itu panjang.
49. Perawan cantik dari negara sosialis.
50. Tekun dan berkorban
51. Sonia bagai bintang di langit malam.
52. Pakistan: Maruah Wanita adalah harga diri.
53. Islam Liberal mempromosi kebebasan wanita.
54. Nasib mereka tidak secerah kita.
55. Sungai Mekong cermin berdiri.
56. Korban di Kemboja.
57. Korban di Bangladesh
58. Membeli di Pasar Lembu Gaptoli
59. Gempa: Menggamit Hati Kami
60. Sampai di Solo.
61. Bumi tersimbah bara
62. Kaliurang yang sepi.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Petikan 1:
Terkedu saya di birai katil hotel kecil yg ditumpangi Therdford apabila menonton skrin kaca TV melalui siaran BBC yang menayangkan aksi serangan udara zionis. Juga aksi sadis mangsa yang bergelimpangan diterjah api dan timah hitam zionis. Bunyi jeritan kesakitan yang menjadi suara latar kepada serangan zionis itu.

Visual pasukan polis yang sedang berbaris diterjah dngn serangan udara sngt meruntun perasaan, kelihatan mangsa serangan yg cedera menunjukkan jari tanda syahadah ke udara. Bangunan-bangunan Kementerian Dalam Negeri diserang secara sistematik oleh israel terutama balai polis yg dikawal oleh Keselamatan HAMAS.

"Binatang terkutuk bangsa pengecut" luah mulut saya spontan. Ada sebal berbuku di hati. Semua media menjadikan serangan ini isu utama mereka lantas membangkitkan ribuan protes di seluruh belahan dunia. Pelbagai pihak menunjukkan rasa marah termasuk orang bukan Islam yang bergabung dalam koalisi anti-perang. Jumlah mereka ini juga sangat ramai dan sentiasa mengecohkan bumi Britain yang menjadi sekutu Amerika dalam perang Teluk dan Afghanistan.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Saya ketagih" luah saya kepada seorang teman.

"Ketagih apa Ustaz?" tanya anak muda lulusan perubatan di Dublin itu kepada saya, polos serta jujur dengan sorotan mata yg bening.

"Saya ketagih nak berdemontrasi. Isu ini isu besar. Jangan rakyat Malaysia kita tidur di saat Palestin menuntut pembelaan dan perhatian kita sebagai saudara seaqidah mereka" jawab saya.

"Hanya bahasa jihad dan darah yang akan membela saudara kita di Palestin dan Lubnan. Islam hanya tertegak dengan jihad!" tempik garang Azli dalam ucapan ringkas dan penuh bersemangat. Ucapan itu disertai dengan laungan takbir yang bergemuruh di udara oleh peserta demonstrasi.

Pidato Azli menjadi sehebat janggutnya yang panjang mengurai. Janggut Azli adalah mahkota hati. Ia seringkali juga mengundang kekeliruan. Menguasai bahasa Urdu dan bahasa Inggeris dengan baik membolehkan Azli cepat di terima sebagai anggota misi tetap kerana janggut juga dalam kes misi tertentu namanye dikeluarkn dari senarai pendek.

" Jom Ustaz.Kita pergi sendiri ke Acheh. Ramai kawan-kawan lain pun nak ikut " kata Haji Mat Ariffin kepada saya membuka misi kemanusiaan.

"Kita ke Acheh. Lagi puas hati dapat membantu secara lansung, bukan dengar dari jauh " ujar Zul Wahijan pula dengan penuh semangat.

Acheh, bukanlah nama asing bagi kita rakyat Malaysia kerana sejarahnya terpaksa kita tekuni dibangku sekolah atau Universiti dalam subjek sejarah atau tamadun islam. Terjahan ombak besar Tsunami pada 26 Disember telah memberikan kesan yang besar kepada Acheh dan Sumatera Utara berbanding dengan wilayah yang lain.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Dianggarkan korban seramai 240000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi ini juga telah menyebabkan 35000 kanak-kanak menjadi yatim dan mereka terpaksa mendiami khemah-khemah pengungsian dan juga di panti anak-anak yatim.

Isu anak yatim ini menarik perhatian dunia apabila seramai 300 anak yatim Acheh dilarikan oleh pertubuhan Kristian World Help yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.

Inilah kesannya jika kita umat islam hanya memilih untuk berpeluk tubuh. Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka. Perut yang lapar dan kedinginan malam akan menyebabkan mangsa dengn senang di tarik oleh misionari kristian yang bertopengkan badan kebajikan" kata saya dalam satu kuliah.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Petikan 2:
"Jauh perjalanan luas pandangan" kata org tua.

Bukan sahaja pandangan malah menambah jaringan teman-teman dan segudang pengalaman baru. Inilah yang berlaku setiap kali menjengah negara luar. Mendapat teman yang ditarbiah dengan rapi oleh p'gerakan Islam adalah nikmat yang mengasyikkan. Sudah tentu kami mempunyai citra dan kecenderungn yang sama seperti ingin hidup dibawah naungan syari'at Islam.

Dalam misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Pakistan ini, saya mendapat beberapa teman yang cukup menarik sosok peribadinya. Avois sebagai mana nama manjanya dalam umur 29 tahun tampak dewasa 10 tahun dengan janggut dan jambangnye yang lebat. Anak muda ini di identifikasikan sebagai seorang salafi yang tidak berkompromi dengan khurafat dan bidaah.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Avois yang dulunya dengan perawakan lain semasa di alam kampus. Beliau tidak terlibat dengan gerakan pelajar Islam seperti Jamiat Islami Thulaba iaitu sebuah pergerakan pelajar fundamentalis yang dipayungi oleh Jamiat Islami.

"Saya dahulu seperti yang lain juga. Berseronok dengan motor besar" katanya tanpa segan.

Saya menyorot tepat pandangan mata untuk memastikan beliau tidak bergurau.

"Pada cuti semester kami berkonvoi sampai ke wilayah pergunungan, termasuk di Balakot. Saya berkhemah dan bergembira." Sahabat ini dengan selamba menceritakan pengalamannya berhujung minggu di zaman kampus dengan berlumba motor.

"Wah! Ini sudah kira merempit," suara hati saya.

Teringat pula saya keadaan mat-mat motor di Malaysia yang di joloki dengan gelaran Mat rempit. Ganas dan menjijikan adalah 'tageline' kumpulan anak muda yang memacu motosikal kelas rendah ini.

Rempit adalah satu fenomena remaja Melayu Bandar dan luar bandar yang tercicir daripada kepesatan pembangunan. Namun di Pakistan cukup berbeza kerana masyrakatnya masih konservatif, apatah lagi dengan tahap kemiskinan sangat tinggi.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Motosikal berjenama hanya mampu dimiliki oleh keluarga yang berada. Avois mewakili kelas ini.

Kami seramai enam orang sendat padat berkongsi udara dalam sebuah kereta sewa yang besar model 60an seperti kereta "Batman Forever". Di bonet belakang kereta sarat dengan kotak-kotak pakaian yang didermakan oleh rakyat Malaysia terutama baju sejuk untuk didermakan kepada mangsa pelarian peperangan Lubnan.Bom meletup dekat hotel kami, bergegar bangunan.

" Ada kawan kita yang melompat keluar dari tandas" cerita Dr Rani Meru dengan penuh semangat.

Sesekali ketawa kecil mengingatkan semula beberapa insiden yang mencuit hati. Doktor lulusan Mesir ini juga menghafal Al Quran dan mempunyai minat mendalam terhadap dunia politik.

"Bila diuji seperti itu barulah tahu kita ini penakut ke berani" sambung pengamal perubatan itu lagi. Beliau telah menuang bakti di Turki, Iran, Pakistan dan merata tempat lagi.

"Tidak boleh duduk diam kalau ana tahu ada kesusahan. Kena pergi juga!" sambung beliau.

"Berapa jam dari Damsyik ke Beirut?" tanya saya.

"Lebih kurang 3-4 jam Ustaz," jawab Adnan, pelajar yang mengiringi kami.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Anak muda ini hadir ke bumi Syams sebagai tetamu ilmu, bertalaqi kitab dengan Sheikh-Sheikh di masjid-masjid sekitar Damsyik yang begitu subur dengan ilmu. Di sepanjang perjalanan, kelihatan tentera melakukan kawalan dan rondaan.

"Suasana biasa kot di sini, macam Bukit Bunga akhir tahun 70an dulu. Askar jaga sempadan" bisik saya sendirian.

Perjalanan yang memenatkan itu akhirnya berpenghujung kereta memasuki kawasan bandar yang lengang, kereta kebal dan tentera di mana-mana memandang ke arah kami dengan pandangan tajam, di sebuah sekatan jalan raya pemandu bertanya sesuatu.

" Beirut dalam darurat. Perintah berkurung kerana seorang pemimpin utama Parti Falangis mati dibunuh. Piere Gemayel mati dibunuh!" kata pemandu.

"Wah! ini sudah kacau. Masa yang salah kita berkunjung ke Beirut" kata saya perlahan.

Pelangi dan mimpi indah saya tentang Beirut bersepai disentak dengan petir buas. Paling kurang saya ingin menyaksikan Beirut dan cara masyarakatnya hidup.

"Patutlah tentera di mana-mana" kata seorang yang lain dengan sedikit kerisauan.

Kami ada hak untuk risau kerana laporan Amnesti antarabangsa membayangkan Lubnan sangat teruk. Piawaian standard untuk hak asasi manusia sangat merimaskan.

Ketika kami sedang berehat di penjuru luar bangunan hotel, tiba-tiba kami dikejutkan dengan sebuah van yang berhenti mengejut dan keluar beberapa lelaki berbadan tegap yang mengacung senjata ke udara. Lelaki-lelaki yang berambut kemas itu mengepung kami dan memegang kemas tangan Azli. Darah menyirap ke muka saya dengan sedikit ketakutan. Sejujurnya saya amat takut!

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Jika di Kuala Lumpur saya begitu gembira jika dikejar FRU dalam siri
bantahan awam ttp tidak di bumi asing ini.

Kejadian ala drama rompakan bank itu sangat mendebarkan dan terpahat kekal dalam ingatan. Kami ingin disumbat ke dalam kenderaan.Seorang lelaki berpakaian preman memperkenalkn diri sebagai pegawai polis dan menunjukkan kad kuasanya. Kami agak panik kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan semua orang menonton adegan itu dengan teruja sekali.

"Sila ikut kami!" desak seorg daripada mereka. Kami terkepung bukan sahaja
oleh pegawai polis yang keluar dari kenderaan tetapi polis yang bertugas di
bangunan pemacar TV juga turut bergegas ke lokasi kami dengan M16 yang diacung ke udara.Sejujurnye, semua anggota misi kepucatan, ditoreh pisau pasti tidak berdarah.

Saya membayangkn nasib yang paling buruk.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Tidak balik dah lepas ini ke Malaysia" dengung hati saya kesayuan. Mana pula sahabat Humanitarian saat ni?"

Tiba-tiba muncul Ali Barakah, seorang aktivis yang ditugaskan
membantu kami di tengah kerumunan, menepis tangan seorang pegawai polis yang memegang Azli seraya menunjukkan kad kuasanya.

Berlaku sedikit perbalahan mulut. Saya disimbah dengan rasa lega yang
teramat sangat. Ada sinar di hujung jalan. Allah membantu kami di saat
paling sukar. Darah kembali mengalir normal. Degupan jantung tidak
sekencang tadi. Aliran udaran yang disedut juga kembali seperti biasa.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Mereka tetamu aku. Aku bertanggungjawab di atas keselamatan mereka!" kata Ali menghujah dengan tegas, tiada tolak ansur.

Ali tidak membenarkan kami di bawa ke Pusat Keselamatan.

"Selesaikan di sini. Apa yang kamu mahu, kamu boleh selesaikan di sini. Mereka hadir untuk membantu" katanya dengan suara mendesak.


Kami di bawa masuk ke dalam lobi hotel, diambil semua paspot anggota
rombongan. Kenyataan diambil daripada Ali yang berjanji untuk 'menjaga' kami
selama di Beirut. Beirut dalam gawat. Terlalu banyak peristiwa berlaku
dengan pantas. Kami mengambil bilik dan berkongsi untuk menjimatkn kos, apatah lagi dengan sewa yang agak tinggi bagi anggota misi seperti kami.

Di bilik Ali bercerita dengan ceria. Apa yang sebenarnya berlaku di
sebalik kegawatan tadi. Rupanya ada laporan dibuat oleh pihak
keselamatan pemacar TV yang mengesyaki kami adalah pengganas. Kotak-kotak yang kami bawa disangka bahan letupan. Patutlah mereka menggeledah kotak kami dengan bersungguh-sungguh.


(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Petikan 3:
Lokasi: Jodgjakarta.
Indonesia sekali lagi menjadi tajuk dunia. Kali ini tentang gempa bumi yang meragut lebih 6 ribu nyawa di Jodgjakarta. Pengalaman menjalankan misi kemanusiaan di sini memberi pengalaman tentang amalan pluralisme agama yang berakar di Indonesia.

Pluralisme atau jamak agama telah di tentang oleh Al-Marhum Prof. HAMKA sejak dekat 60an sehingga diserkap ke dalam penjara di zaman Soekarno. Amalan plurarisme agama adalah anak haram kelahiran Islam Liberal yang sememangnya sangat kuat di Indonesia dengan dasar Pancasila.

Fahaman ini kononnya untuk mengikat bangsa Indonesia yang sangat kompleks kesukuan dan bahasanya.

"Mengapa kuburan dikongsi bersama Pak? " tanya seorang aktivis terpinga-pinga melihat premis kubur yang di kongsi oleh pelbagai agama.

Saya juga kepeningan melihat senario kehidupan 'kebersamaan' ini.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

No comments:

Post a Comment