Di samping berusaha keras untuk menggerakkan ulama Melayu dan mempertahankan kepentingan orang Islam, termasuk mempertahankan sekolah-sekolah agama, Dr Burhanuddin berusaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Pada tahun 1945, Dr Burhanuddin bersama Mustapha Hussein telah menemui pemerintah Jepun di Taiping untuk membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu seperti mana Indonesia. Dalam perundingan tersebut, Jepun mendakwa mereka tidak pernah menjanjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Hal ini ditolak oleh Dr Burhanuddin dan Mustapha Hussein kerana Jepun telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada akhir 1941.
Bagi meredakan tuntutan Dr Burhanuddin ini, Jepun telah mengarahkan Dr Burhanuddin supaya menyediakan satu piagam atau perlembagaan bagi Tanah Melayu merdeka. Dr Burhanuddin kemudiannya telah menyusun satu piagam yang dinamakan "Piagam Taiping" sebagai draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka bersama Mustapha Hussein. Draf ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan pada hari ini tetapi kisahnya dirakamkan oleh Mustapha Hussein dalam memoirnya. Dipercayai usaha ini berlak serentak dengan tindakan Sukarno membawa usul supaya Tanah Melayu dimasukkan bersama-sama dalam perlembagaan Indonesia kepada Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia pada 28 Mei 1945.
Kesan daripada Piagam Taiping dan Undang-undang Dasar Indonesia 1945, Sukarno dan Dr. Hatta telah berolak ke Saigon untuk membincangkan soal kemerdekaan Indonesia dan Tanah Melayu dengan Field Marshall Terauchi. Dr Burhanuddin yang sudah berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan pegawai Jepun dari Singapura dan Tokyo bersama Sheikh Abu Bakar al-Baqir pada awal Ogos 1945 telah menyertai Ibrahim Haji Yaakub untuk berbincang dengan Sukarno dan Dr Hatta di Taiping pada 13 Ogos 1945 untuk merancang kemerdekaan Indonesia Raya.
 |
Dr.Burhanuddin |
 |
Mustapha Hussein |
Mereka telah mengatur satu persidangan bagi menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) pada 17 Ogos 1945 di Kuala Lumpur. Tujuan persidangan ini ialah untuk mengisyitiharkan kemerdekaan bersama pada 17 Ogos 1945 dan membentuk kabinet Tanah Melayu merdeka. Persidangan 17 Ogos ini berjalan lancar tetapi tidak dapat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana pihak Jepun telah menyerah kalah secara mendadak pada 15 Ogos 1945, iaitu selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment