Artikel Terkini

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

Petikan Buku
Tajuk Buku: Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan
Bilangan Muka Surat:194
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 22.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi kandungan:
1. Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat
2. Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan
3. Perjuangan Ulama' Menentang Penjajah:
- Indonesia
- Acheh
- Libya
- Algeria
- India
- Mesir
- Palestin
- Iraq
- Sudan
- Pattani

4. Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam
5. Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah
6. Menongkah Penjajah: Ulama' Dalam Jihad Kemerdekaan
7. Gerakan Kemerdekaan Berpusat di Mekah
8. Sheikh Ahmad Muhammad Zain: Bapa kemerdekaan Melayu
9. Kebangkitan Jihad Ulama ke atas British
10. Gerakan Ulama Reformis
11. Dr. Burhanuddin dan Ulama Zaman Jepun.
12. Ulama mengasaskan Partai Politik
13. Ulama menyusup dalam Umno
14. PAS Manifestasi Gerakan Ulama ke arah kemerdekaan

Ulasan Penerbit:
Kemerdekaan adalah nikmat paling tuntas yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap mahluk kerana secara dasarnya setiap kita dilahirkan untuk menghirup udara segar kemerdekaan, tidak dipasung akal dan jasad, serta tidak memperhambakan diri kepada mahluk selain daripada Allah. Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipertahankan kerana penjajahan mampu berulang malah boleh menyerkap manusia dengan penjajahan dalam versi baru tanpa kira sedari.

Buku ini adalah pendokumentasi sejarah para alim ulama yang memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasul SAW, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang Penjajah samda Barat atau Timur. Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi. Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.

Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Sheikh Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong. Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.

Hasrat murni kami ialah supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. Penerbit mengharapkan buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama.

No comments:

Post a Comment