Artikel Terkini

Piagam Taiping dan Perisythiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Info |  Beli Buku ini 
Di samping berusaha keras untuk menggerakkan ulama Melayu dan mempertahankan kepentingan orang Islam, termasuk mempertahankan sekolah-sekolah agama, Dr Burhanuddin berusaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Pada tahun 1945, Dr Burhanuddin bersama Mustapha Hussein telah menemui pemerintah  Jepun di Taiping untuk membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu seperti mana Indonesia. Dalam perundingan tersebut, Jepun mendakwa mereka tidak pernah menjanjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Hal ini ditolak oleh Dr Burhanuddin dan Mustapha Hussein kerana Jepun telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada akhir 1941.

Bagi meredakan tuntutan Dr Burhanuddin ini, Jepun telah mengarahkan Dr Burhanuddin supaya menyediakan satu piagam atau perlembagaan bagi Tanah Melayu merdeka. Dr Burhanuddin kemudiannya telah menyusun satu piagam yang dinamakan "Piagam Taiping" sebagai draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka bersama Mustapha Hussein. Draf ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan pada hari ini tetapi kisahnya dirakamkan oleh Mustapha Hussein dalam memoirnya. Dipercayai usaha ini berlak serentak dengan tindakan Sukarno membawa usul supaya Tanah Melayu dimasukkan bersama-sama dalam perlembagaan Indonesia kepada Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia pada 28 Mei 1945.

Kesan daripada Piagam Taiping dan Undang-undang Dasar Indonesia 1945, Sukarno dan Dr. Hatta telah berolak ke Saigon untuk membincangkan soal kemerdekaan Indonesia dan Tanah Melayu dengan Field Marshall Terauchi. Dr Burhanuddin yang sudah berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan pegawai Jepun dari Singapura dan Tokyo bersama Sheikh Abu Bakar al-Baqir pada awal Ogos 1945 telah menyertai Ibrahim Haji Yaakub untuk berbincang dengan Sukarno dan Dr Hatta di Taiping pada 13 Ogos 1945 untuk merancang kemerdekaan Indonesia Raya.

Dr.Burhanuddin
Mustapha Hussein
Mereka telah mengatur satu persidangan bagi menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) pada 17 Ogos 1945 di Kuala Lumpur. Tujuan persidangan ini ialah untuk mengisyitiharkan kemerdekaan bersama pada 17 Ogos 1945 dan membentuk kabinet Tanah Melayu merdeka. Persidangan 17 Ogos ini berjalan lancar tetapi tidak dapat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana pihak Jepun telah menyerah kalah secara mendadak pada 15 Ogos 1945, iaitu selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika Syarikat.

Kegagalan pengisytiharan kemerdekaan ini telah membolehkan British menjajah semula Tanah Melayu dan menubuhkan Malayan Union pada 1946. Walaupun Dr Burhanuddin gagal memerdekakan Tanah Melayu ekoran kekalahan Jepun dua har lebih awal dariapada tarikh tersebut, yang jelas sepanjang empat tahun menjadi pegawai Jepun, Dr Burhanuddin telah berusaha keras untuk menggerakkan ulama, mempertahankan kepentingan Islam dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Sumber


Sumber

Sumber

Rujukan:

  1. http://pustakajundi.blogspot.com/2011/01/ulama-dalam-sorotan-perjuangan.html
  2. http://matamin02.blogspot.com/2009/08/mustapha-hussein-berjuang-untuk.html
  3. http://matamin02.blogspot.com/p/dokumen.html


Mengapa Tarbiyyah?

Info  | Beli Buku 
Islam adalah penuh isi. Isinya semuanya berguna. Gunanya adalah untuk manusia kekal sebagai manusia sebagaimana ia diciptakan seawal kejadiannya. Kejadiannya adalah sebagai sebaik – baik ciptaan oleh tuhan pencipta di alam ciptaannya. Jika manusia tidak mengekalkannya, maka ia boleh bertukar menjadi seburuk – buruk dan sehina – hina makhluk di mata penciptanya.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku 
Deminya Islam diturunkan. Islam adalah Al Quran dan RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Al Quran adalah isi yang sempurna pengajarannya sedang RasuluLlah adalah pembaca, pengajar dan pendidik manusia yang menerima Al Quran sebagai petunjuknya. Maka ia adalah Islam yang bermaksud sebuah kesempurnaan. Sebabnya, Al Quran adalah kalam Allah dalam surah – surah yang dibacakan ke atas hambaNya yang diciptakan. RasuluLlah pula adalah utusanNya dari langit yang sengaja disucikan daripada noda demi sebuah pengajaran, qudwah dan ikutan yang sempurna.

Tiada yang mengenal manusia selain Allah. Dia menciptakan manusia dan alam yang mengelilinginya dan mempengaruhinya. Manusia tewas kepada apa yang mempengaruhinya dalam hidupnya. Ia terumbang ambing di antara unsur baik dan unsure jahat yang mengasak kehidupannya. Hasilnya, lahir insan yang begitu tinggi peribadinya dan lahir juga insan yang begitu rendah peribadinya. Kemudian bayangkanlah betapa luasnya ruang yang menjarakkan antara lapisan – lapisan di antara kedua – duanya yang menjadi petunjuk kemulian dan kehinaan manusia.

Bagaimana manusia mampu hidup dalam dunia yang serba asing ini? Manusia hanya bertahan hidup 70 tahun dalam kehidupan raya yang umurnya telah melangkau juta – juta tahun. Banjaran Titiwangsa itu telah menyaksikan datuk kita yang pertama menjejak Tanah Melayu ini beribu tahun dulu sedang kita ini mujurlah sempat melihat Tok Janggut pada potret syahidnya yang mulia. Mana ilmu kita yang ‘tinggi’ itu untuk mengenal erti kehidupan semesta raya ini?


Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku 

Manusia karam dalam kegelapan kejahilan. Mereka mewarisi kejahilan temurun jauh ke depan mendahului pusaka ilmu yang sedikit. Di mana harus dimulakan ilmu ini? Pastinya ia mesti bermula dari mula iaitu dari mula Adam alaihis salam diciptakan atau dari mula beruk kera ‘datuk Darwin’ diciptakan. Inilah ilmu pertama yang didambakan setiap kita iaitu dari mana kita, mengapa kita di sini dan ke mana kita selepas ini? Siapa Darwin untuk menjawab soalan ini? Adakah dia disemat sakti untuk kembali ke perut ibunya untuk menyelami kehidupan di alam rahim lalu menerobos laluan malaikat ke alam ruh sebelum ditiupkan ke rahim ibu? Itukah Darwin dalam pengenalannya?

Maksudnya adalah pencarian dalam kegelapan. Berani yang membuta tuli. Apa ertinya selain kesesatan yang bertambah dan kekalahan yang mengecewakan.

Tetapi manusia tidak dibiarkan begitu selamanya. Ada tangan yang menghulur. Ada pertolongan yang tiba. Ada keajaiban yang hebat. Maka lahir manusia yang tidak dilihat kekecewaannya lantaran pengetahuannya yang hebat mengenai kehidupan. Dia hidup dalam dunia yang benar. Pegangannya benar. Pendiriannya benar. Cakapannya benar. Tindakannya benar dan ajakannya adalah benar. Benar adalah kebenaran dan kebenaran itulah al haq. Al haq adalah mutiara kehidupan dan tiangnya.

Mengapa lahir manusia seperti ini dalam kelam duniawi ini? Itulah kerana keajaiban yang dimaksudkan. Kerana pertolongan yang tiba dari pencipta manusia yang mengetahui segalanya mengenai manusia. Dialah Allah tuhan yang menciptakan segalanya. Tiada sesiapa sebelum dan selepasNya.

Allah memberi kita sinar yang memancar. Dialah cahaya langit dan bumi. Sinar itulah Al Quran dan tubuh qudwah sallaLlahu alaihi wasallam.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku  

Al Quran adalah isi yang penuh. Di dalamnya pengajaran yang penuh kebenaran yang berguna. RasuluLlah adalah utusanNya. Baginda membacanya, mengajarnya dan menyucikan manusia daripada kelam kejahilan dan dosa.

Manusia adalah ruh yang dibalut tanah. Ruh adalah dari sisi Allah, diturunkan lalu ditiupkan ke dalam kerangka dari tanah yang diuji kesempunaannya sebagai ciptaan terbaik. Manusia adalah ruh langit yang bertandang buat sementara di bumi ini.

Ia mulia kerana ia adalah dari sisi Allah. Maka, mengenali ruh adalah sebaik – baik ilmu untuk manusia. Allah memberi kita ilmu yang sedikit tetapi mencukupi untuk mengenal diri dan kehidupan secara yang benar dan membahagiakan.

Jika kita memahami ini, kita akan lebih mudah untuk mengerti mengapa ilmu pendidikan hati dan jiwa menjadi begitu penting dan mesti. Tarbiyyah adalah inti pengajaran Al Quran yang melengkapkan pengajaran akidah dan syariat. Kita bergerak dan berfikir pada laluan dan lenggok hati yang berbagai – bagai. Di situlah jatuh bangun mausia berterusan.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku  

Professor Dr. Zulkifli Muhammad: Permata Ummah di Alam Melayu

Dato' Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dari tahun 1956-1964. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan (1959-1964).Profesor Dr. Zulkifli Muhammad telah memberikan sumbangan besar kepada gerakan Islam di Tanah Melayu. Beliau menjadi Ahli Parlimen yang paling menonjol di antara tahun 1959-1964. Beliau mencatat sejarah apabila berucap selama EMPAT JAM di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang Undang-undang Malaysia. Di sidang Parlimen, beliau mendesak supaya Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Antara jasa dan sumbangan Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah :
  1. Menentang keganasan komunis di Kuala Kangsar, Perak.
  2. Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.Aktif dalam bidang penulisan.
  3. Menghasilkan tulisan yang berbentuk rencana seperti Falsafah Akhlak dalam Islam, Umat Islam Sekarang Makin Mundur, Peranan Filem dalam Masyarakat, Economic Justice, dan Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam. Beliau juga menghasilkan tiga buah buku iaitu Masyarakat dan Syariat, Analisa Tentang Beberapa Masalah Hidup, dan Pegangan Hidup Umat Islam.
  4. Menggerakkan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang (1953). Usaha beliau dalam menggerakkan penubuhan Kolej Islam Malaya telah mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA), Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat pada 15 Julai 1957.
  5. Mencetuskan idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
  6. Memberi perhatian mengenai masalah Bahasa Melayu dan merintis penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Pendeta Za'ba. Beliau menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pembinaan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memastikan Bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat.
  7.  Melahirkan idea-idea kreatif yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan. Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental serta diadun dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.
  8. Menyokong cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah institusi yang akan memartabatkan Bahasa Melayu.

Sejarah Perkembangan FIS di Algeria

Info | Beli Buku
"Tidak ada perlembagaan dan tidak ada hukum. Peraturan yang ada hanyalah hukum Allah dan al-Quran"(Antara slogan FIS iaitu sebuah Gerakan Islam di bumi Algeria)

Algeria merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Menurut sumber yang saya tatap ini,bumi Algeria merupakan antara salah satu bumi yang pernah mendapat naungan kerajaan Khilafah Islam Turki,namun begitu bumi ini akhirnya ditakluki oleh kuasa kuffar Perancis pada tahun 1830.


Penjajahan kuasa Perancis tidak dibiarkan begitu sahaja oleh para ulama' Algeria,maka bangkitlah Syeikh Abdul Qadir al-Jazair yang menyalakan obor-obor jihad demi membebaskan bumi Algeria daripada cengkaman kuasa kuffar Perancis.Menurut sumber ini,bumi Algeria telah bersimbah darah-darah syuhada' yang gugur di medan jihad menentang kuasa kuffar sehinggakan bumi Algeria digelar sebagai 'NEGARA SEJUTA SYUHADA'.

Algeria menjadi sebuah negara sekular selepas mencapai kemerdekaan,bumi ini dipimpin oleh Ahmad Benbela daripada parti sekular iaitu FLN (Flant Liberation National).Namun begitu, beliau telah digulingkan oleh Menteri Pertahanannya sendiri pada tahun 1965 iaitu Kolonel Hawari.

Untuk pengetahuan,Kolonel Hawari walaupun berkelulusan al-Azhar,namun beliau bersikap menindas pejuang-pejuang Islam.Beliau mengamalkan sistem satu parti dan mengharamkan al-Qiam (sebuah pertubuhan yang menuntut Islam diberi peranan dalam negara).Di sini menunjukkan kepada kita bahawa belajar di al-Azhar bukan tiket atau bukti bahawa seseorang itu akan menjadi pejuang-pejuang Islam yang tulen.Berapa ramai yang belajar di sana,tetapi malangnya apabila tamat belajar,mereka takut untuk berjuang bersama-sama Gerakan Islam di tanah air masing-masing.Namun begitu,bumi al-Azhar tetap melahirkan ramai ulama' 'amilin yang berjuang dalam Gerakan Islam contohnya As-Syahid Syeikh Abdullah Yusuf Azzam,Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi dan ramai lagi.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara

Info  | Beli Buku Ini
Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara sebenarnya telah di kesan berlaku semenjak sebelum kejatuhan Melaka lagi.

Silatus Salatin telah merakamkan peranan Maulana Yusof, seorang ulama yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana dan kesan daripada pengajaran ilmu agama, penterjemah kitab-kitab serta penerapan semangat jihad telah menyebabkan rakyat Melaka bangkit mempertahankan negeri daripada penjajah menjelang akhir abad ke -15. Melalui pengaruh ulama dari Timur Tengah, Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Othmaniyah Istanbul bagi memastikan bumi Islam dapat di pertahankan daripada serangan Barat.

 Menjelang akhir 1492, iaitu ketika jatuhnya Kerajaan Islam Cordova di Eropah, usaha-usaha penaklukan ke atas bumi Islam telah di lakukan. Kerajaan Islam di Utara Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara menjadi sasaran Barat. Menyedari perkembangan kebangkitan Barat ini, pada 1482, Sultan Melaka telah mengirimkan Hang Tuah untuk mengadakan hubungan dengan Syarif Mekah dan juga Sultan Rom (Istanbul). Antara isu utama yang di perbincangkan ialah usaha-usaha untuk menyelamatkan negara Islam di Asia Tenggara daripada serangan Barat. Rombongan diplomatik Hang Tuah telah di berikan bantuan meriam dan bedil untuk mempertahankan Melaka daripada serangan musuh.

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

Petikan Buku
Tajuk Buku: Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan
Bilangan Muka Surat:194
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 22.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi kandungan:
1. Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat
2. Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan
3. Perjuangan Ulama' Menentang Penjajah:
- Indonesia
- Acheh
- Libya
- Algeria
- India
- Mesir
- Palestin
- Iraq
- Sudan
- Pattani

4. Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam
5. Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah
6. Menongkah Penjajah: Ulama' Dalam Jihad Kemerdekaan
7. Gerakan Kemerdekaan Berpusat di Mekah
8. Sheikh Ahmad Muhammad Zain: Bapa kemerdekaan Melayu
9. Kebangkitan Jihad Ulama ke atas British
10. Gerakan Ulama Reformis
11. Dr. Burhanuddin dan Ulama Zaman Jepun.
12. Ulama mengasaskan Partai Politik
13. Ulama menyusup dalam Umno
14. PAS Manifestasi Gerakan Ulama ke arah kemerdekaan

Ulasan Penerbit:
Kemerdekaan adalah nikmat paling tuntas yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap mahluk kerana secara dasarnya setiap kita dilahirkan untuk menghirup udara segar kemerdekaan, tidak dipasung akal dan jasad, serta tidak memperhambakan diri kepada mahluk selain daripada Allah. Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipertahankan kerana penjajahan mampu berulang malah boleh menyerkap manusia dengan penjajahan dalam versi baru tanpa kira sedari.

Buku ini adalah pendokumentasi sejarah para alim ulama yang memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasul SAW, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang Penjajah samda Barat atau Timur. Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi. Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.

Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Sheikh Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong. Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.

Hasrat murni kami ialah supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. Penerbit mengharapkan buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama.

Cinta Di Langit Gaza


Beli Buku | Info 
Terkedu saya di birai katil hotel kecil Therdford apabila menonton skrin kaca TV melalui siaran BBC yang menayangkan aksi serangan udara zionis. Juga aksi sadis mangsa yang bergelimpangan diterjah api dan timah hitam zionis. Bunyi jeritan kesakitan yang menjadi suara latar kepada serangan zionis itu.

Visual pasukan polis yang sedang berbaris diterjah dengan serangan udara sangat meruntun perasaan, kelihatan mangsa serangan yg cedera menunjukkan jari tanda syahadah ke udara. Bangunan-bangunan Kementerian Dalam Negeri diserang secara sistematik oleh israel terutama balai polis yg dikawal oleh Keselamatan HAMAS.

"Binatang terkutuk bangsa pengecut" luah mulut saya spontan. Ada sebal berbuku di hati. Semua media menjadikan serangan ini isu utama mereka lantas membangkitkan ribuan protes di seluruh belahan dunia. Pelbagai pihak menunjukkan rasa marah termasuk orang bukan Islam yang bergabung dalam koalisi anti-perang. Jumlah mereka ini juga sangat ramai dan sentiasa mengecohkan bumi Britain yang menjadi sekutu Amerika dalam perang Teluk dan Afghanistan.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Saya ketagih" luah saya kepada seorang teman.

"Ketagih apa Ustaz?" tanya anak muda lulusan perubatan di Dublin itu kepada saya, polos serta jujur dengan sorotan mata yg bening.

"Saya ketagih nak berdemontrasi. Isu ini isu besar. Jangan rakyat Malaysia kita tidur di saat Palestin menuntut pembelaan dan perhatian kita sebagai saudara seaqidah mereka" jawab saya.

"Hanya bahasa jihad dan darah yang akan membela saudara kita di Palestin dan Lubnan. Islam hanya tertegak dengan jihad!" tempik garang Azli dalam ucapan ringkas dan penuh bersemangat. Ucapan itu disertai dengan laungan takbir yang bergemuruh di udara oleh peserta demonstrasi.

Pidato Azli menjadi sehebat janggutnya yang panjang mengurai. Janggut Azli adalah mahkota hati. Ia seringkali juga mengundang kekeliruan. Menguasai bahasa Urdu dan bahasa Inggeris dengan baik membolehkan Azli cepat di terima sebagai anggota misi tetap kerana janggut juga dalam kes misi tertentu namanye dikeluarkn dari senarai pendek.

" Jom Ustaz.Kita pergi sendiri ke Acheh. Ramai kawan-kawan lain pun nak ikut " kata Haji Mat Ariffin kepada saya membuka misi kemanusiaan.

"Kita ke Acheh. Lagi puas hati dapat membantu secara lansung, bukan dengar dari jauh " ujar Zul Wahijan pula dengan penuh semangat.

Acheh, bukanlah nama asing bagi kita rakyat Malaysia kerana sejarahnya terpaksa kita tekuni dibangku sekolah atau Universiti dalam subjek sejarah atau tamadun islam. Terjahan ombak besar Tsunami pada 26 Disember telah memberikan kesan yang besar kepada Acheh dan Sumatera Utara berbanding dengan wilayah yang lain.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Dianggarkan korban seramai 240000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi ini juga telah menyebabkan 35000 kanak-kanak menjadi yatim dan mereka terpaksa mendiami khemah-khemah pengungsian dan juga di panti anak-anak yatim.

Isu anak yatim ini menarik perhatian dunia apabila seramai 300 anak yatim Acheh dilarikan oleh pertubuhan Kristian World Help yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.

Inilah kesannya jika kita umat islam hanya memilih untuk berpeluk tubuh. Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka. Perut yang lapar dan kedinginan malam akan menyebabkan mangsa dengn senang di tarik oleh misionari kristian yang bertopengkan badan kebajikan" kata saya dalam satu kuliah.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Potret Perjuangan Mahasiswa

Beli Buku | Info
Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah, ujar seorang tokoh mahasiswa aliran kiri pada tahun 1960.Ya ungkapan ini ada kebenarannya yang tersendiri apabila kita menyemak lipatan sejarah mengenai episod perubahan politik dan sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman.

Rasulullah SAW dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahiliyyah serta sanggup berdada dan menyingsing lengan dengan penguasa yang zalim. Madrasah Nabi SAW telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab bin Umair, Talhah bin Ubaidullah, Zubair Al Awwam, Saidina Abu Bakar, Uthman bin Affan, Arqam bin Abi Arqam. Mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat kental oleh Baginda S.A.W

Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealisme untuk merubah dan menjadi agen perubahan.

Di zaman imperialisme barat, anak-anak muda bangkit menentang penjajah di seluruh belahan dunia. Jose yang mengungkapkan idealisme lewat karyanya 'Noli Me Tangere'(1887) dan 'El- Filibusterismo'(1891) merupakan ikon perjuangan menentang penjajah di Filifina sehingga membawa kepada pembunahan beliau secara tragis. Seterusnya ‘huk balahap’ dan gerakan katipunan terus mengempur penjajah malah gerakan mahasiswa di Filifina terus bernyawa di zaman Marcos sehingga regim Marcom berantakan lewat demonstrasi anak-anak kampus di jalanraya-jalanraya bandar Manila.

Sheikh Muhamad Abduh mengembangkan idea-idea Pan Islamisme dengan di latari oleh Universiti Al-Azhar sehingga beliau dipecat daripada Universiti Islam paling berprestij itu akibat kekuatan idea Pan Islamisme yang mengancam hegemoni Barat yang sedang menguasai Barat. Hassan Al-Banna(1906-1949) juga adalah merupakan anak muda ketika menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah, Mesir pada tahun 1928 sehingga gerakan ini sangat fenomenal pada abad ke-20. Al-Marhum yang merupakan lulusan Darul Ulum telah memindahkan operasi Ikhwanul Muslimin ke Kaherah pada tahun 1933 kerana mempertimbangkan penyebaran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar yang datang dari segenap penjuru dan belahan dunia. Ternyata eksperimen ini berjaya apabila pelajar-pelajar yang mendapat fikrah Ikhwah telah menyebarkan idea-idea perjuangan Ikhwan ke negara asal masing-masing.

Di negara China pula, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Chen Tu Shiu adalah penggerak kepada Peristiwa 4 Mei 1919 yang akhirnya telah berjaya meledakkan kebangkitan Komunisme sehingga tertegakknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949 di China. Sejarah juga telah mencatatkan Revolusi Bolshevik 1917 di Russia telah digerakkan oleh anak-anak muda kampus yang telah didoktrinkan dengan fahaman komunisme. Tzar Nicholas akhirnya menggelongsor daripada sangkar merak kayangannya. 

PAS memartabatkan Wanita

Petikan Ucapan Tuan Guru Haji Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke 49

Beli Buku | Info 
     Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi menerangkan pendirian PAS terhadap isu yang menjadi kesukaan musuh-musuh PAS, iaitu isu gender. PAS ialah parti yang mewakili setiap lapisan masyarakat termasuk kaum wanita. Pendirian PAS terhadap kaum wanita adalah juga pendirian Islam terhadap wanita. Wanita adalah ciptaan ALLAH SWT yang tidak berbeda daripada lelaki. Yang membedakan keduanya di sisi ALLAH SWT seperti juga yang membedakan antara lelaki dengan lelaki yang lain, ialah tahap taqwa masing-masing kepada ALLAH S.W.T. Firman ALLAH: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya(akan keadaan amalam kamu)"

    Dalam masa yang sama, masyarakat bertamadun dan berilmu menyedari bahawa di sana ada beberapa perbedaan semula jadi termasuk biologi. Saya tidak bercadang membahaskan perbedaaan ini kerana ia tidak akan membawa natijah yang memberi manafaat kepada sesiapa. Saya cuma mahu mengulangi apa yang di sebutkan oleh pujangga: "Wanita bukan separuh daripada lelaki, mereka cuma berbeda" Perbedaan ini langsung tidak mengurangkan kedudukan wanita dan sumbangan mereka kepada masyarakat. Kita mengalu-alukan kejayaan kaum wanita dalam semua bidang ilmu dan kerjaya. Hari ini sudah ada orang-orang tertentu yang merasa risau dengan kejayaan wanita menguasai 70% tempat di universiti negara ini. Apakah pemimpin UMNO ini merasa gentar dengan kaum wanita?

   Salah anggapan kepada PAS ialah kerana pemimpin PAS kerap memberi nasihat yang menjurus memelihara kehormatan kaum wanita. Ini kerana kami sayangkan anak-anak perempuan kami, isteri-isteri kami, adik dan kakak kami, ibu-ibu kami serta setiap wanita dalam masyarakat kami. Kami merayu supaya majikan memberikan keselesaan kepada pekerja wanita adalah tanda sayang kami. Kami mahu meringankan kerja wanita adalah kerana sayangkan mereka.  Kami mencadangkan orang lelaki dipisahkan daripada wanita dalam keadaan tertentu kerana kami tidak mahu lelaki mengambil kesempatan. Kami mencadangkan supaya lebih ramai doktor dan guru dilahirkan daripada kalangan wanita kerana kami yakin kemampuan wanita dalam bidang-bidang ini jauh melebihi kaum lelaki. Ini bukan diskriminasi seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. 


Penyertaan Dalam Pilihanraya: Kalah dan Menang Bukan Alasan

Beli Buku | Info Buku
Pada dasarnya, semua gerakan Islam bersetuju menyertai pilihanraya secara demokrasi dilakukan pada negeri yang mengamalkan demokrasi. Walaupun pada hakikatnya, demokrasi itu ada kecacatan yang tersendiri sehingga berlainan daripada demokrasi yang sebenar yang diamalkan di negara Barat.

Kelemahan yang ketara dalam demokrasi ini seperti berlakunya kelemahan yang banyak dalam pilihanraya, dari segi petisyen, keadilan dan ketulusan kerajaan dan badan yang mengendalikannya, kebebasan media dan lain-lain. Namun begitu, gerakan Islam ini masih menyertai pilihanraya kerana kelemahan itu adalah perkara sampingan yang boleh diatasi bukan sifat demokrasi.

Penyertaan pilihanraya kerana ada gerakan Islam masuk kedalam gelanggangnya. Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad S.A.W memaparkan panduan dakwah dan hendaklah bermula dengan kaedah berdepan secara damai.Allah menurunkan ayat-ayat dari Surah Makiyyah dan Madaniyyah dengan memaparkan pendekatan ini yang dilakukan oleh semua para rasul iaitu pendekatan secara kekerasan dilakukan apabila tidak ada lagi ruang untuk bersuara. Apabila demokrasi Barat memberi ruang ini, hendaklah di ambil dengan memanafaatkannya. Ini termasuklah agenda politik memerintah negara kerana politik menjadi sebahagian daripada syariat Islam yang tidak boleh dihapuskan.

"Demokrasi adalah kebijaksanaan akal manusia yang bukan Islam, dan ia boleh diterima pakai kerana sudah ada beberapa persamaan atau perkara baru yang tidak ada dalil hukumnya tidak boleh di terima pakai.

Amalan pilihanraya bukannnya penipuan pilihanraya, rasuah, melobi secara tidak berakhlak dan lain-lain perkara negatif yang wajib dibuang kerana itu semua adalah penyakit demokrasi Barat.

Mengikut amalan demokrasi Barat, membenarkan mana-mana pihak membuat peraturan sendiri yang sesuai dengan mereka menjamin kebebasan bersuara dan baik rakyat dijamin dengan adil dalam memilih pemimpin berwibawa serta kerajaan yang cekap. Ini bermakna, memberi ruang kepada pendukung Islam bagi melaksanakan cita-cita Islam dan dalam masa yang sama memperkenalkan Islam adalah lebih baik dan boleh menolak aspek-aspek negatif yang wujud dalam amalan demokrasi Barat."

(Abdul Hadi Awang: 2007)

Syarah Tafsir Al-Hujurat

Beli Buku Tafsir Al-Hujurat






  
Syarah Tafsir Surah Al-Hujurat. 
Sumber: http://www.mymaktabaty.com/2010/10/
update-24102010-tuan-guru-haji-abdul.html
001. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
-Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 1 - 10
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 1 - 10
Link 2 4Shared: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 1 - 10
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?4838m1qqy8473e6
Credit to: mie




002. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
- Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 11 - 18
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 11 - 18
Link 2 4Shared: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 11 - 18
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?ri0w7roapzhw1si
Credit to: mie






Kembara Hidup Sayyid Qutb

Sayyid Qutb berasal daripada sebuah desa di Hulu Mesir. Nama penuhnya ialah Sayyid Qutb Ibrahim Husin Sazali. Terdapat keterangan bahawa moyangnya berasal daripada India. Bagaimanapun hal ini dinafikan oleh adiknya Muhammad Qutb. Bapanya Haji Qutb Ibrahim berasal daripada keluarga berada dan dihormati di desa. Beliau mewarisi sebilangan harta daripada tanah-tanah pertanian beserta warisan pimpinan keluarga. Begitu juga beliau adalah pimpinan masyarakat di desanya. 

Tuan Guru Haji Hadi Memimpin Terengganu

Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah memimpin perubahan dan merintis kejayaan sewaktu memerintah Terengganu. Beliau telah
1.    Memperkasakan pendidikan Islam. 
2.    Meningkatkan jaringan zakat.
3.    Membuat reformasi dalam pentadbiran tanah
4.    Peningkatan hasil cukai   hutan
5.    Penurunan kadar kemiskinan.
6.    Pengharaman judi.
7.    Membatalkan cukai pintu rumah kediaman dan tunggakan.
8.   Memperkenalkan sijil pelepasan cukai pintu.
9.    Memeperkanalkan Kerja 5 hari, cuti 2 hari seminggu
9.    Cuti bersalin 90 hari, suami 7 hari
10. Menubuhkan pusat perubatan dan rawatan Islam
11. Menubuhkan Pusat  Pertumbuhan K-Komuniti
12. Pengecualian Cukai Bakul, lesen beca
13. Memberhentikan tol jambatan Sultam Mahmud


14. Mengembalikan Terengganu dengan undang-undang Al-Qur'an dan As-Sunnah
15. Melaksakan pentadbiran baik dan telus ( Good Governance)
16. Pemerkasaan Tarbian Rakyat dan Jentera Kerajaan Negeri

Kemuliaan Al-Quran dan Sejarah Pemalsuaannya

Tajuk Buku: Kemuliaan Al-Qur'an & 
Sejarah Pemalsuannya
ISBN: 978-983-44606-0-0
Bilangan Muka Surat: 101
Harga Buku ( POS adalah percuma)
Harga: RM 10.00
Sabah dan Sarawak: RM 10.00+RM 2.00
---------------------------------------------------------
Isi Kandungan:
Al-Quran dan Sejarah Penurunananya
Pengumpulan Al-Qur'an
Perbezaan Al-Qur'an Dengan
Kitab-Kitab Samawi yang lain seperti Taurat, Injil dan Zabur
Tuduhan Jahat Orientalis Terhadap Al-Qur'an
Tuduhan Jahat Terhadap Al-Qur'an di Zaman Awal Islam
Tokoh-Tokoh Al-Qur'an
The True Furqan: Satu kekufuran yang nyata
Penghinaan terhadap Islam, Al-Qur'an, Rasulullah S.A.W dan Ulama'
Bibliografi

Tribut Buat Sang Murabbi Ustaz Hassan Shukri

Tajuk Buku: Tribut Buat Sang Murabbi
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 10.00
Sabah dan Sarawak: RM 10.00 + RM 2
Luar Negara: RM 10.00 + RM 6.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

ISBN: 9789675968020
Bilangan Muka Surat:

Petikan Buku:

Jemaah diuji dengan kepayahan dan kesenangan namun beliau tetap dengan dirinya yang sederhana. Intailah dia di markas tarbiah, di halaman markas dengan hamparan rumpur hijau yang dipastikan terpelihara, memungut sampah sarap agar keceriaan markas melambangkan citra perjuangan Islam yang mendambakan kebersihan. Ustaz membersihkan tandas markas, memeriksa aliran longkang agar tidak tersumbat walaupun beliau seorang ahli legislative yang berkesan di Dewan Negara.

Sosok seperti ini juga sukar digalang ganti, mesra dengan anak muda, mudah berkira dengan orang tua, mendengar dengan setia rintihan dan masalah ahli bawahan. Marah dan jerkahlah, Ustaz akan membalas dengan senyuman, sedangkan dia juga mampu menunjukkan ‘ kebanjarannya’. Makan bersila, berlaga lutut dengan ahli bawahan dibawah rimbunan teduh pokok, bergurau mesra merapatkan jurang pimpinan dengan akar umbi yang pelbagai.
Saya akan terus memancang sebuah ingatan Ustaz Hassan terhadap kami, pimpinan pemuda.

“PAS parti orang kampung. Orang susah menyokong PAS kerana perjuangan Islam yang PAS bawa. Jagalah akar umbi. Jagalah cawangan-cawangan”.

Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb


Tajuk Buku: Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 15.00
Sabah dan Sarawak: RM 15.00 + RM 2
Luar Negara: RM 15.00 + RM 6.00


Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke:
http://www.facebook.com/peminatbuku

ISBN: 978-983-43630-0-0
Bilangan Muka Surat:149







Isi Kandungan Buku:

Kembara Hidup Sayyid Qutb 
  • Latar Belakang Sosial dan Budaya
  • Latar Belakang Keluarga
  • Karya-karya penulisan Sayyid Qutb 
Konsep Hakimiyyah dalam Tauhid Uluhiyyah
  • Al-Uluhiyyah
  • Al-Uluhiyyah Menurut Ulama Salafiyyah
  •  Al-Uluhiyyah Menurut Ulama Sezaman
  • Al-Uluhiyyah Menurut Sayyid Qutb
  • Al-Uluhiyyah pada zat dan sifat
  • Al-Uluhiyyah Dari Sudut Hakimiyyah dan Tasyri'
  • Salah Faham Terhadap Konsep Hakimiyyah
  • Konsep al-Hakimiyyah Menurut Tokoh dalam Islam Sezaman 
Galeri

Rububiyyah dan Ketuanan Mutlak
  • Al-Rububiyyah Menurut Para Ulama
  • Tauhid Rububiyyah Menurut Sayyid Qutb
  • Rububiyyah dari sudut Pemelik, Pencipta dan Pengurus
  • Rububiyyah dari sudut Hakimiyyah
  • Persoalan Al-Hakimiyyah adn Al-Rububiyyah Menurut Pandangan Tokoh-Tokoh Semasa Islam
  • Kesimpulan 
Pengaruh Hakimiyyah Terhadap Pas dan Abim
  • Pengaruh Konsep Al-Hakimiyyah oleh Sayyid Qutb dalam Gerakan Islam di Malaysia 
Penutup

Petikan Buku:
  1. http://pustakajundi.blogspot.com/2011/01/kembara-hidup-sayyid-qutb.html 

Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden


Tajuk Buku: Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden
ISBN: 978-983-43630-9-3
Bilangan Muka Surat:175

Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 18.00
Sabah dan Sarawak: RM 18.00 + RM 2.00


Isi Kandungan:

1. Gerakan Islam Dalam Dekad Kebangkitan:Suatu Refleksi Kepada Kebejatan
- Faktor Utama Berlakunya Fenomena Kebangkitan Islam
- Isu-isu sejagat yang berlaku pada dekad 70an hingga 90an

2. Ikhwanul Muslimin : Merintis Kembali Khalifah Yang Hilang
- Faktor-faktor kemenangan dan Kepopularan Ikhwanul Muslimin

3. Indonesi dan Sejarah Gerakan Islam
- Parti Keadilan Sejahtera:Cahaya Menyinari Kegelapan Indonesia
- Sejarah dan perkembangan
- PKS: Membina jaringan dan pengaruh massa.

4. Sejarah Perkembangan FIS (Barisan Penyelamat Islam) di Algeria
- Faktor-faktor kemenangan dan Implikasi kemenangan

5. Sejarah dan Perkembangan Jami'at Islami
- Matlamat penubuhan Jami'at Islami
- Perkembangan Jami'at Islami
- Faktor-faktor Perkembangan Jami'at Islami
- Pengharaman Jami'at Islam

6. HAMAS:Mengharungi Medan Tempur di Palestin
- Latar belakang sejarah Palestin
- Perang Arab Israel.
- Sejarah Hamas dan Perkembangannya.
- Hamas dan kepimpinan tertinggi.
- Hamas dan kemenangan pilihanraya.
- Faktor peningkatan sokongan terhadap HAMAS oleh masyarakat Palestin dan Muslim Antarabangsa

7. Sejarah dan Perkembangan Parti Islam Se-Malaysia
- Sejarah PAS: Menelusuri Jalan Berliku
- PAS dan Penjajahan Inggeris
- Penubuhan PAS
- Perkembangan awal PAS
- PAS dan perubahan Kepimpinan
- Kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi
- Kepimpinan Dr. Zulkifli Mohamad
- PAS dan kepimpinan Ulama
- PAS dalam penyertaan pilihanraya.
- PAS dan jaringan sosial

8. Gerakan Islam Turki

9. Galeri

Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang

Tajuk Buku: Teori Domino: PRU 13 BN tumbang
ISBN: 97896759668006
Bilangan Muka Surat:253
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 22.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi kandungan:
1. Kaleidoskop Politik
2. Peranan Elit Agama(Ulama) Dalam Gerakan Kemerdekaan dan Pembinaan Bangsa(Nation Building) Malaysia.
3. Hijrah dan Pengukuhan Sistem Pentadbiran Moden
4. Memahami Sifat budaya politik Melayu.
5. Pelanduk dua serupa: Apakah beza PAS dan UMNO?
6. Islam Hadhari (IH) Lawan Membangun bersama Islam (MBI): Satu Analisa Kritis
7. Dari Muzakarah ke Muqabalah: Satu Analisis Hubungan UMNO-PAS dan masa depan politik Malaysia
8. Pembangunan luar bandar dan persolaan kemiskinan
9. Rasuah dan Pendemokrasian: Fasa Dua
10. 1 Malaysia: Banyak persoalan
11. 1 Malaysia: Anak kunci yang membuka kotak pandora politik Malaysia
12. Mengapa Sebuah Negara Polis?
13. Menjelang seratus hari pakatan rakyat: suatu analisa sosio politik.
14. Obama dan masa depan Islam
15. Islam, Demokrasi, dan Pilihanraya di Malaysia
16. Perang Pilihanraya dan Proses Demokrasi Malaysia
17. Peranan isu dalam pilihanraya: Ke arah pembinaan strategi politik
18. Manipulasi media dan pilihanraya
19. Politik Feng Shui: Pengundi Cina dan Pilihanraya Umum ke 12
20. Pilihanraya kecil Bangan Pinang: Antara Lokalisasi dan Globalisasi
21: Ulama, pilihanraya dan isu semasa: Satu panduan praktikal

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2

Tajuk Buku: Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden (Siri Kedua)
ISBN: 978-983-44606-8-6
Bilangan Muka Surat:229
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 25.00
Sabah dan Sarawak: RM 27.00


Isi Kandungan Buku:
1. Dr. Zaghlul An-Najar: Ahli Professor Geologis Muslim berjiwa Haraki
2. Dr. A'idh Al-Qarni: Ulama' Muda berdakwah melalui penulisan
3. Solah Syadi: Pegawai Polis yang komited dengan Islam
4. Syeikh Mahfuz Nahnah: Hadapi Tribulasi dengan penuh ketenangan jiwa
5. Dr. Wahbah Az-Zuhaily: Kejora di Langit Malam
6. Syeikh Saiyid Sabiq: Tokoh Hadis yang di beri kepercayaan oleh Imam Hassan Al-Banna
7. Dr. Abdul Karim Zaidan: Saat dakwah menjengah penjara di Iraq
8. Sa'id Ramadan: Legasi Hassan Al-Banna
9. Syeikh Muhammad Mahmud As-Sowaf: Perintis dan Pengasas Gerakan Islam di Iraq
10.Syeikh Abdul Hamid Ben Badis: Tonggak Hadapan Islam di Algeria
11. Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) Dalam Kenangan: Dari Gudang Ilmu ke Kancah Siasah
12. Syeikh 'Izuddin Al-Qassam: Inspirasi Perjuangan Hamas di Palestin
13. Syeikh Ali Tantawi: Tokoh Ikhwan Syria berdada dengan kezaliman
14. Islam Haniyyeh: Berjuang untuk Islam Sejak Zaman Remaja
15. Muhammad Mehdi Akef: Al-Mursyidul Am Ikhwan yang membadai gelora
16. Hakim Hassan Al-Hudaibi: Pengganti Imam Hassan Al-Banna yang terserlah ketokohannya.
17. Umar Tilmisani: Pejuang gigih membela Islam dengan segala apa yang ada pada diri
18. Muhammad Hamed Abu An-Nasr: Al-Mursyidul 'Am Keempat Ikhwan Muslimun.
19. Khaled Masy'al: Penrancang Politik Hamas yang berkesan
20. Maa'mun Al-Hudaibi: Al-Mursyidul 'Am keenam yang tegas dan berwawasan
21. Syeikh Abdel Badi' Saqar: Berjuang tegak Islam bersama Imam Hassan Al-Banna.
22: Syeikh Dr As-Saiyid 'Askar: Manafaatkan ilmu untuk tegak Islam dalam Parlimen
23: Dr. Maryam Soleh: Tokoh Muslimah dalam Kabinet Hamas
24. Syeikh Ali-As-Sobuni: Tokoh Islam yang mencintai ilmu
25: Hamzah Yusof: Pendakwah Amerika yang menyonsang arus jahiliyyah moden
26: Dr.Zakir Naik: Pembela Islam dengan hujah Al-Quran
27: Yvonne Ridley: Pendukung Kuat Ikhwan Muslimin setelah menerima Islam
28: Syeikh Nasiruddin Al-Albani: Tokoh Hadis yang komited dengan ilmunya.
29: Syeikh Ahmad Deedat: Permata Islam yang hilang
30. Dr. Tariq Ramadan: Nyalakan Obor Islam di Switzerland dan Eropah
31: Ahmad Saiful Islam Hassan Al-Banna
32: Dr. Muhamad Natsir: Sesepuh Dakwah Indonesia
33: Professor Dr. Zulkifli Mohammad: Permata Ummah di Alam Melayu

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 1

Potret Perjuangan Mahasiswa

Tajuk Buku: Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad
Bilangan Muka Surat:123
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 12.00
Sabah dan Sarawak: RM 14.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi kandungan:
1. Suara Kampus Meledakkan Perubahan
2. Aktivisme Mahasiswa Dekat 60an
3. 13 Mei: Pembabitan Siswa dan Kesan Kepada Kampus
4. Kesimpulan daripada cermin dekan 60an.
5. Gemilang dekat 70an
6. Laungan tanpa suara
7. Dekad 80an: Dikotomi Hitam Putih
8. Dekat 90an: Merakyatkan Perjuangan
9. Alaf baru yang suram
10. Penutup

Islam Liberal & Pluralisme Agama

-----------------------------------------------------------
ISBN: 9789834460617
Bilangan Muka Surat:123
------------------------------------------------------------
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 13.00
Sabah dan Sarawak: RM 13.00 + RM 2.00
Luar Negara: RM 13.00 + RM 7.80
------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Antara isi kandungan:

1. Muqadimah: Kedurjanaan Liberalisme Agama
2. Perang Pemikiran: Agenda Musuh
3. Kelompok Orientalis
4. Plan Bertindak Umat Islam
5. Islam Liberal: Perkembangannya di Malaysia

Tafsir Surah Al-Hujurat

Tajuk Buku: Tafsir Surah Al-Hujurat
Bilangan Muka Surat:105 muka surat
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 10.00
Sabah dan Sarawak: RM 12.00
Luar Negara: RM 10.00 + RM 12.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi Kandungan:
1. Kata Pengantar oleh :
    - Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
    - Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

2. Tinta Penerbit
3. Muqaddimah

4. Tafsir Ayat 1 hingga 5
     - Huraian Ayat 1 hingga 5

5. Tafisr Ayat 6 hingga 9
    - Huraian Ayat 6 hingga 9
    - Pegertian Fasik
    - Hukum-hukum berhubung dengan orang fasik
    - Arahan Pemimpin fasik
    - Hukum orang fasik menjadi wali

6. Tafsir Ayat 10 hingga 13
    - Huraian ayat 10 - 13

7. Tafsir Ayat 14 hingga 18

Download MP3
Syarah Tafsir Surah Al-Hujurat. 
Sumber: http://www.mymaktabaty.com/2010/10/update-24102010-tuan-guru-haji-abdul.html
001. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 1 - 10
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 1 - 10
Link 2 4Shared: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 1 - 10
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?4838m1qqy8473e6
Credit to: mie

002. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 11 - 18
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 11 - 18
Link 2 4Shared: Syarah Tafsir Surah al-Hujurat ayat 11 - 18
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?ri0w7roapzhw1si
Credit to: mie

Memoir Jihad Anak Melayu di Afganistan


Tajuk Buku: Memoir Jihad Anak Melayu di Afganistan
ISBN: 978-983-43630-5-5
Bilangan Muka Surat:50
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 5.00
Sabah dan Sarawak: RM7.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Sinopsis:
Buku ini menceritakan tentang As-Syahid Fauzi Ismail seorang anak muda Kedah yang telah dibeli dagangannya oleh Allah di medan JIHAD Afghanistan.

Petikan Buku:
"Terlalu istimewa lelaki syurga ini untuk kita menatap sejarah hidup dan perjalananya. Seorang anak muda tipikal yang lahir dalam keluarga sederhana, meraih rezeki dengan berniaga secara runcit. Waktu lapangnya di gunakan untuk mendalami ilmu agama dan fikrah harakiah.

Keazamannnya untuk mencari Redha Allah sangat luar biasa. Beliau sanggup meredah arus malam berkelana ke Perak untuk mencari biaya ke bumi jihad. Menjual keperluan hidupnya yang menjadi nadi kepada kehidupan beliau selama ini, kedai runcit dan motosikal semata-mata untuk menampung kos perjalanan ke bumi jihad"

Fenomena Riddah & Penghinaan Terhadap Nabi S.A.W

Tajuk Buku: Fenomena Riddah Dan Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W
ISBN: 978-983-44606-24
Bilangan Muka Surat:204
-----------------------------------------------------------------
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 22.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
-----------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Petikan buku:
Fenomena riddah sebenarnya bukanlah suatu yang baru dalam perkembangan sejarah Islam. Fenomena ini menjadi semakin rancak selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W kerana terdapat golongan yang sangsi terhadap agama menyangka Islam akan menjadi lemah dengan kewafatan Nabi.

Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologi, Pemimpin

Beli Buku 
Tajuk Buku: Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideoluge, Pemimpin
ISBN: 978-983-44606-5-5
Bilangan Muka Surat: 441
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 30.00
Sabah dan Sarawak: RM 35.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Isi Kandungan Buku:
1. Latar Belakang
2. Era Kepimpinan Ulama PAS
3. Penyertaan Dalam Pilihanraya: Kalah dan Menang Bukan Alasan
4. Politik Antarabangsa
5. Abdul Hadi dan Kontroversi Ciptaan UMNO
6. Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi
7. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Memimpin Terengganu
8. Petak Hujung
9. Mentaliti Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Tiga Dekad Lampau: Mengilas Sejarah
10. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali ke-49
11. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali ke-50
12. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali ke-51
13. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali ke-52
14. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali ke-53
15. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali ke-54
16. Jadual
17. Keputusan Penuh Pilihanraya Umum 2008

Petikan Bulu:
1. http://pustakajundi.blogspot.com/2011/01/tuan-guru-haji-hadi-memimpin-terengganu.html

Sepahit Jadam

Petikan Buku | Beli Buku 
ISBN: 9789834460662
Bilangan Muka Surat: 210
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 20.00 + RM 2.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Antara isi kandungan buku:
1. Jalan yang lurus
2. Saya sebelum hari ini I
3. Saya sebelum hari ini II
4. 100 tahun al-Imam Hassan Al-Banna
5. 30 hari dah
6. Ada apa pada nama
7. Kelahiran
8. Hari belia Kelantan
9. Merdeka
10. Kita pejuang PAS
11. Hujung Zulhijjah 1430 Hijriyyah
12. Datuk kita adalah ikutan terbaik
13 Assalamualaikum CINCAI
14. Dosa
15. Kegelapan
16. Keluarga kami ada Nik Adli
17. Ramadan di hospital
18. Ramadan I
19. Ramadan II
20. Ramadan III
21. Ramadan IV
22. Susah dan senang beriringan
23. Antara nyawa babi dan nyawa Muslim
24. Mengapa Tarbiyyah?
25. Takbir hari raya dan takbir pilihanraya
26. Nik Adli bebas
27. I'ktikaf di hospital
28. Negari kebajikan vs Negara Kebajikan
29. Raya di rumah Amy Search
30. Bulan Zulhijjah dan ISA
31. Orang PAS perlu berani, sabar, istiqamah dan kena lawan
32. Dari Kota Belud I
33. Dari Kota Belud II
34. Kemenangan melalui kesempurnaan berjemaah
35. Hijratur Rasul
36. Kukuhkan jentera
37. Mengapa rakyat Kelantan terus memilih PAS?
38. Lawatan ke United Kingdom
39. Berjalan di bumi hijau
40. Buku dari Beirut ke Juruselam
41. Tersasar dan terbabas daripada nur-Nya
42. Bersatu adalah isu umat sepanjang zaman.
43. Konsert Rock Rohani di Kota Bharu
44. Minyak naik, bukan perihal siapa yang lebih zalim
45. Hidangkan ku secangkir kopi
46. Islam Ulama' dan Syura
47. Hikmah Ramadan
48. Kita dan Palestin
49. Di sebalik banyak buku yang di baca
50. Tahniah
51. Mari mendidik anak I
52. Mari mendidik anak II
53. Sifat benar

Memoir Tragedi Memali


Tajuk Buku: Memoir Tragedi MEMALI
Bilangan Muka Surat:297

Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 20.00 + RM 2
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Petikan Buku:

“ Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan.

Ustaz Ibrahim Libya merupakan kawan baik Anwar Ibrahim, Ustaz Fadhil Nor kerana mereka adalah bekas aktivis ABIM. Semasa Anwar mendekam dalam kurungan ISA di Kamunting, Ustaz sentiasa menziarahi Anwar dengan membawa buah tangan. Beliau seorang yang kuat berdoa dan berzikir.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Antara isi kandungan buku:
1. Memali yang memahat luka
2. Masa dan latar belakang peristiwa
3. Latar Belakang Peristiwa Memali Dekad Kebangkitan Islam yang menggugah Regim
4. Langit menyerap doa kita
5. Madrasah Islahiah Semakin Berkembang
6. Madrasah Islahiah Penerus Cita-cita As-Syahid
7. Beliau adalah ikon penentangan ISA
8. Murabbi yang mempunyai keteladan yang mulia
9. Di tuduh Bughah: Pengertian Bughah dan sanggahan terhadap tuduhan
10. Ustaz Fadhil Noor dan Memali
11. Tokoh-tokoh idola Ustaz Ibrahim Libya
12. Membedah ikon utama Ustaz Ibrahim Libya
13. Memoir Tragedi Memali
14. Peristiwa Charok Putih
15. Panggilan Muslimah
16. Malam perpisahan
17. Sarapan pagi-Gas dan peluru
18. Peristiwa di Kem PPH Sungai Petani
19. Mimpi di penjara Alor Setar
20. 17 hari di Kem PPH
21. Di tipu dan di tipu lagi
22. Ziarah dan doa kekasih
23. Biodata ringkas Mat Piah Yunus
24. Hubungan dengan As-Syahid Ibrahim Libya
25. Satu penantian seribu harapan
26. Perjuangan Assyahid Ibrahim Libya dari kacamata Pak Teh
27. Galeri Memali
28. Bibliografi

Cinta Di Langit Gaza

Tajuk Buku: Cinta Di Langit Gaza
ISBN: 978-983-446-067-9
Bilangan Muka Surat:291
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 20.00+RM 2.00
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
------------------------------------------------
Isi Kandungan:
1. Cinta di Langit Gaza
2. Laungan Bantahan
3. Melepaskan ketagihan
4. Hati tersayat di Bumi Pelarian
5. Bersiap ke Gaza
6. Meredah laluan ke Gaza
7. Membelah laluan ke Gaza
8. Muslimat Palestin berbeza?
9. Di sepanjang perjalanan
10. Mesir: Jari Kelinking Berkait
11. Mesir yang dungu
12. Mengimbau Kenangan
13. Tiba di Al Arish
14. Aku bukan pengganas
15. Cemas di Imigresen
16. Saat Tuhan Memilih Kami
17. Api Memercik Darah
18. Alah Biasa Tegal Biasa
19. Hospital As Shifa: Saksi bisu sketsa gila
20. Jabalieh Beratap Langit Merah.
21. Palestin Bersimpuh.
22. Bantuan dari Langit.
23. Sheikh Ahmad Yassin: Mentor Jihad
24. Siapakah Sheikh Ahmad Yassin?
25. Rantisi: Sang Perawat
26. Yang Menyembuhkan
27. Acheh: Misi Bantuan Tsunami
28. Acheh: Di Peta Hati Ummah
29. Acheh 1945-2005: Bermandi Keringat dan Luka
30. Misi Bantuan Anak Yatim
31. Misi bertolak
32. Anak yatim yang rawan
33. Penculikan anak yatim Acheh
34. Titik mula membuka Panti Asuhan
35. Bertolak Pulang
36. Kemaksiatan yang mengundang kemurkaan Alllah.
37. Petaka amaran dari langit.
38. Pengandaran yang rebah.
39. Pada masa yang salah.
40. Meredah kawasan perbukitan.
41. Serbuan.
42. Saat merapi memuntahkan lahar.
43. Islam Liberal Membiak
44. Teman Baru yang ramah
45. Pemurah dan harga diri
46. Misi Kedua
47. Menggarap isu dan menggalang demonstrasi
48. Jalan juang itu panjang.
49. Perawan cantik dari negara sosialis.
50. Tekun dan berkorban
51. Sonia bagai bintang di langit malam.
52. Pakistan: Maruah Wanita adalah harga diri.
53. Islam Liberal mempromosi kebebasan wanita.
54. Nasib mereka tidak secerah kita.
55. Sungai Mekong cermin berdiri.
56. Korban di Kemboja.
57. Korban di Bangladesh
58. Membeli di Pasar Lembu Gaptoli
59. Gempa: Menggamit Hati Kami
60. Sampai di Solo.
61. Bumi tersimbah bara
62. Kaliurang yang sepi.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Petikan 1:
Terkedu saya di birai katil hotel kecil yg ditumpangi Therdford apabila menonton skrin kaca TV melalui siaran BBC yang menayangkan aksi serangan udara zionis. Juga aksi sadis mangsa yang bergelimpangan diterjah api dan timah hitam zionis. Bunyi jeritan kesakitan yang menjadi suara latar kepada serangan zionis itu.

Visual pasukan polis yang sedang berbaris diterjah dngn serangan udara sngt meruntun perasaan, kelihatan mangsa serangan yg cedera menunjukkan jari tanda syahadah ke udara. Bangunan-bangunan Kementerian Dalam Negeri diserang secara sistematik oleh israel terutama balai polis yg dikawal oleh Keselamatan HAMAS.

"Binatang terkutuk bangsa pengecut" luah mulut saya spontan. Ada sebal berbuku di hati. Semua media menjadikan serangan ini isu utama mereka lantas membangkitkan ribuan protes di seluruh belahan dunia. Pelbagai pihak menunjukkan rasa marah termasuk orang bukan Islam yang bergabung dalam koalisi anti-perang. Jumlah mereka ini juga sangat ramai dan sentiasa mengecohkan bumi Britain yang menjadi sekutu Amerika dalam perang Teluk dan Afghanistan.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Saya ketagih" luah saya kepada seorang teman.

"Ketagih apa Ustaz?" tanya anak muda lulusan perubatan di Dublin itu kepada saya, polos serta jujur dengan sorotan mata yg bening.

"Saya ketagih nak berdemontrasi. Isu ini isu besar. Jangan rakyat Malaysia kita tidur di saat Palestin menuntut pembelaan dan perhatian kita sebagai saudara seaqidah mereka" jawab saya.

"Hanya bahasa jihad dan darah yang akan membela saudara kita di Palestin dan Lubnan. Islam hanya tertegak dengan jihad!" tempik garang Azli dalam ucapan ringkas dan penuh bersemangat. Ucapan itu disertai dengan laungan takbir yang bergemuruh di udara oleh peserta demonstrasi.

Pidato Azli menjadi sehebat janggutnya yang panjang mengurai. Janggut Azli adalah mahkota hati. Ia seringkali juga mengundang kekeliruan. Menguasai bahasa Urdu dan bahasa Inggeris dengan baik membolehkan Azli cepat di terima sebagai anggota misi tetap kerana janggut juga dalam kes misi tertentu namanye dikeluarkn dari senarai pendek.

" Jom Ustaz.Kita pergi sendiri ke Acheh. Ramai kawan-kawan lain pun nak ikut " kata Haji Mat Ariffin kepada saya membuka misi kemanusiaan.

"Kita ke Acheh. Lagi puas hati dapat membantu secara lansung, bukan dengar dari jauh " ujar Zul Wahijan pula dengan penuh semangat.

Acheh, bukanlah nama asing bagi kita rakyat Malaysia kerana sejarahnya terpaksa kita tekuni dibangku sekolah atau Universiti dalam subjek sejarah atau tamadun islam. Terjahan ombak besar Tsunami pada 26 Disember telah memberikan kesan yang besar kepada Acheh dan Sumatera Utara berbanding dengan wilayah yang lain.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Dianggarkan korban seramai 240000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi ini juga telah menyebabkan 35000 kanak-kanak menjadi yatim dan mereka terpaksa mendiami khemah-khemah pengungsian dan juga di panti anak-anak yatim.

Isu anak yatim ini menarik perhatian dunia apabila seramai 300 anak yatim Acheh dilarikan oleh pertubuhan Kristian World Help yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.

Inilah kesannya jika kita umat islam hanya memilih untuk berpeluk tubuh. Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka. Perut yang lapar dan kedinginan malam akan menyebabkan mangsa dengn senang di tarik oleh misionari kristian yang bertopengkan badan kebajikan" kata saya dalam satu kuliah.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Petikan 2:
"Jauh perjalanan luas pandangan" kata org tua.

Bukan sahaja pandangan malah menambah jaringan teman-teman dan segudang pengalaman baru. Inilah yang berlaku setiap kali menjengah negara luar. Mendapat teman yang ditarbiah dengan rapi oleh p'gerakan Islam adalah nikmat yang mengasyikkan. Sudah tentu kami mempunyai citra dan kecenderungn yang sama seperti ingin hidup dibawah naungan syari'at Islam.

Dalam misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Pakistan ini, saya mendapat beberapa teman yang cukup menarik sosok peribadinya. Avois sebagai mana nama manjanya dalam umur 29 tahun tampak dewasa 10 tahun dengan janggut dan jambangnye yang lebat. Anak muda ini di identifikasikan sebagai seorang salafi yang tidak berkompromi dengan khurafat dan bidaah.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Avois yang dulunya dengan perawakan lain semasa di alam kampus. Beliau tidak terlibat dengan gerakan pelajar Islam seperti Jamiat Islami Thulaba iaitu sebuah pergerakan pelajar fundamentalis yang dipayungi oleh Jamiat Islami.

"Saya dahulu seperti yang lain juga. Berseronok dengan motor besar" katanya tanpa segan.

Saya menyorot tepat pandangan mata untuk memastikan beliau tidak bergurau.

"Pada cuti semester kami berkonvoi sampai ke wilayah pergunungan, termasuk di Balakot. Saya berkhemah dan bergembira." Sahabat ini dengan selamba menceritakan pengalamannya berhujung minggu di zaman kampus dengan berlumba motor.

"Wah! Ini sudah kira merempit," suara hati saya.

Teringat pula saya keadaan mat-mat motor di Malaysia yang di joloki dengan gelaran Mat rempit. Ganas dan menjijikan adalah 'tageline' kumpulan anak muda yang memacu motosikal kelas rendah ini.

Rempit adalah satu fenomena remaja Melayu Bandar dan luar bandar yang tercicir daripada kepesatan pembangunan. Namun di Pakistan cukup berbeza kerana masyrakatnya masih konservatif, apatah lagi dengan tahap kemiskinan sangat tinggi.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Motosikal berjenama hanya mampu dimiliki oleh keluarga yang berada. Avois mewakili kelas ini.

Kami seramai enam orang sendat padat berkongsi udara dalam sebuah kereta sewa yang besar model 60an seperti kereta "Batman Forever". Di bonet belakang kereta sarat dengan kotak-kotak pakaian yang didermakan oleh rakyat Malaysia terutama baju sejuk untuk didermakan kepada mangsa pelarian peperangan Lubnan.Bom meletup dekat hotel kami, bergegar bangunan.

" Ada kawan kita yang melompat keluar dari tandas" cerita Dr Rani Meru dengan penuh semangat.

Sesekali ketawa kecil mengingatkan semula beberapa insiden yang mencuit hati. Doktor lulusan Mesir ini juga menghafal Al Quran dan mempunyai minat mendalam terhadap dunia politik.

"Bila diuji seperti itu barulah tahu kita ini penakut ke berani" sambung pengamal perubatan itu lagi. Beliau telah menuang bakti di Turki, Iran, Pakistan dan merata tempat lagi.

"Tidak boleh duduk diam kalau ana tahu ada kesusahan. Kena pergi juga!" sambung beliau.

"Berapa jam dari Damsyik ke Beirut?" tanya saya.

"Lebih kurang 3-4 jam Ustaz," jawab Adnan, pelajar yang mengiringi kami.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Anak muda ini hadir ke bumi Syams sebagai tetamu ilmu, bertalaqi kitab dengan Sheikh-Sheikh di masjid-masjid sekitar Damsyik yang begitu subur dengan ilmu. Di sepanjang perjalanan, kelihatan tentera melakukan kawalan dan rondaan.

"Suasana biasa kot di sini, macam Bukit Bunga akhir tahun 70an dulu. Askar jaga sempadan" bisik saya sendirian.

Perjalanan yang memenatkan itu akhirnya berpenghujung kereta memasuki kawasan bandar yang lengang, kereta kebal dan tentera di mana-mana memandang ke arah kami dengan pandangan tajam, di sebuah sekatan jalan raya pemandu bertanya sesuatu.

" Beirut dalam darurat. Perintah berkurung kerana seorang pemimpin utama Parti Falangis mati dibunuh. Piere Gemayel mati dibunuh!" kata pemandu.

"Wah! ini sudah kacau. Masa yang salah kita berkunjung ke Beirut" kata saya perlahan.

Pelangi dan mimpi indah saya tentang Beirut bersepai disentak dengan petir buas. Paling kurang saya ingin menyaksikan Beirut dan cara masyarakatnya hidup.

"Patutlah tentera di mana-mana" kata seorang yang lain dengan sedikit kerisauan.

Kami ada hak untuk risau kerana laporan Amnesti antarabangsa membayangkan Lubnan sangat teruk. Piawaian standard untuk hak asasi manusia sangat merimaskan.

Ketika kami sedang berehat di penjuru luar bangunan hotel, tiba-tiba kami dikejutkan dengan sebuah van yang berhenti mengejut dan keluar beberapa lelaki berbadan tegap yang mengacung senjata ke udara. Lelaki-lelaki yang berambut kemas itu mengepung kami dan memegang kemas tangan Azli. Darah menyirap ke muka saya dengan sedikit ketakutan. Sejujurnya saya amat takut!

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Jika di Kuala Lumpur saya begitu gembira jika dikejar FRU dalam siri
bantahan awam ttp tidak di bumi asing ini.

Kejadian ala drama rompakan bank itu sangat mendebarkan dan terpahat kekal dalam ingatan. Kami ingin disumbat ke dalam kenderaan.Seorang lelaki berpakaian preman memperkenalkn diri sebagai pegawai polis dan menunjukkan kad kuasanya. Kami agak panik kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan semua orang menonton adegan itu dengan teruja sekali.

"Sila ikut kami!" desak seorg daripada mereka. Kami terkepung bukan sahaja
oleh pegawai polis yang keluar dari kenderaan tetapi polis yang bertugas di
bangunan pemacar TV juga turut bergegas ke lokasi kami dengan M16 yang diacung ke udara.Sejujurnye, semua anggota misi kepucatan, ditoreh pisau pasti tidak berdarah.

Saya membayangkn nasib yang paling buruk.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Tidak balik dah lepas ini ke Malaysia" dengung hati saya kesayuan. Mana pula sahabat Humanitarian saat ni?"

Tiba-tiba muncul Ali Barakah, seorang aktivis yang ditugaskan
membantu kami di tengah kerumunan, menepis tangan seorang pegawai polis yang memegang Azli seraya menunjukkan kad kuasanya.

Berlaku sedikit perbalahan mulut. Saya disimbah dengan rasa lega yang
teramat sangat. Ada sinar di hujung jalan. Allah membantu kami di saat
paling sukar. Darah kembali mengalir normal. Degupan jantung tidak
sekencang tadi. Aliran udaran yang disedut juga kembali seperti biasa.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

"Mereka tetamu aku. Aku bertanggungjawab di atas keselamatan mereka!" kata Ali menghujah dengan tegas, tiada tolak ansur.

Ali tidak membenarkan kami di bawa ke Pusat Keselamatan.

"Selesaikan di sini. Apa yang kamu mahu, kamu boleh selesaikan di sini. Mereka hadir untuk membantu" katanya dengan suara mendesak.


Kami di bawa masuk ke dalam lobi hotel, diambil semua paspot anggota
rombongan. Kenyataan diambil daripada Ali yang berjanji untuk 'menjaga' kami
selama di Beirut. Beirut dalam gawat. Terlalu banyak peristiwa berlaku
dengan pantas. Kami mengambil bilik dan berkongsi untuk menjimatkn kos, apatah lagi dengan sewa yang agak tinggi bagi anggota misi seperti kami.

Di bilik Ali bercerita dengan ceria. Apa yang sebenarnya berlaku di
sebalik kegawatan tadi. Rupanya ada laporan dibuat oleh pihak
keselamatan pemacar TV yang mengesyaki kami adalah pengganas. Kotak-kotak yang kami bawa disangka bahan letupan. Patutlah mereka menggeledah kotak kami dengan bersungguh-sungguh.


(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

Petikan 3:
Lokasi: Jodgjakarta.
Indonesia sekali lagi menjadi tajuk dunia. Kali ini tentang gempa bumi yang meragut lebih 6 ribu nyawa di Jodgjakarta. Pengalaman menjalankan misi kemanusiaan di sini memberi pengalaman tentang amalan pluralisme agama yang berakar di Indonesia.

Pluralisme atau jamak agama telah di tentang oleh Al-Marhum Prof. HAMKA sejak dekat 60an sehingga diserkap ke dalam penjara di zaman Soekarno. Amalan plurarisme agama adalah anak haram kelahiran Islam Liberal yang sememangnya sangat kuat di Indonesia dengan dasar Pancasila.

Fahaman ini kononnya untuk mengikat bangsa Indonesia yang sangat kompleks kesukuan dan bahasanya.

"Mengapa kuburan dikongsi bersama Pak? " tanya seorang aktivis terpinga-pinga melihat premis kubur yang di kongsi oleh pelbagai agama.

Saya juga kepeningan melihat senario kehidupan 'kebersamaan' ini.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)