Beli Buku | Info |
Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah, ujar seorang tokoh mahasiswa aliran kiri pada tahun 1960.Ya ungkapan ini ada kebenarannya yang tersendiri apabila kita menyemak lipatan sejarah mengenai episod perubahan politik dan sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman.
Rasulullah SAW dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahiliyyah serta sanggup berdada dan menyingsing lengan dengan penguasa yang zalim. Madrasah Nabi SAW telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab bin Umair, Talhah bin Ubaidullah, Zubair Al Awwam, Saidina Abu Bakar, Uthman bin Affan, Arqam bin Abi Arqam. Mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat kental oleh Baginda S.A.W
Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealisme untuk merubah dan menjadi agen perubahan.

Di zaman imperialisme barat, anak-anak muda bangkit menentang penjajah di seluruh belahan dunia. Jose yang mengungkapkan idealisme lewat karyanya 'Noli Me Tangere'(1887) dan 'El- Filibusterismo'(1891) merupakan ikon perjuangan menentang penjajah di Filifina sehingga membawa kepada pembunahan beliau secara tragis. Seterusnya ‘huk balahap’ dan gerakan katipunan terus mengempur penjajah malah gerakan mahasiswa di Filifina terus bernyawa di zaman Marcos sehingga regim Marcom berantakan lewat demonstrasi anak-anak kampus di jalanraya-jalanraya bandar Manila.
Sheikh Muhamad Abduh mengembangkan idea-idea Pan Islamisme dengan di latari oleh Universiti Al-Azhar sehingga beliau dipecat daripada Universiti Islam paling berprestij itu akibat kekuatan idea Pan Islamisme yang mengancam hegemoni Barat yang sedang menguasai Barat. Hassan Al-Banna(1906-1949) juga adalah merupakan anak muda ketika menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah, Mesir pada tahun 1928 sehingga gerakan ini sangat fenomenal pada abad ke-20. Al-Marhum yang merupakan lulusan Darul Ulum telah memindahkan operasi Ikhwanul Muslimin ke Kaherah pada tahun 1933 kerana mempertimbangkan penyebaran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar yang datang dari segenap penjuru dan belahan dunia. Ternyata eksperimen ini berjaya apabila pelajar-pelajar yang mendapat fikrah Ikhwah telah menyebarkan idea-idea perjuangan Ikhwan ke negara asal masing-masing.

Di negara China pula, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Chen Tu Shiu adalah penggerak kepada Peristiwa 4 Mei 1919 yang akhirnya telah berjaya meledakkan kebangkitan Komunisme sehingga tertegakknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949 di China. Sejarah juga telah mencatatkan Revolusi Bolshevik 1917 di Russia telah digerakkan oleh anak-anak muda kampus yang telah didoktrinkan dengan fahaman komunisme. Tzar Nicholas akhirnya menggelongsor daripada sangkar merak kayangannya.
No comments:
Post a Comment