Artikel Terkini

Tribut Buat Sang Murabbi Ustaz Hassan Shukri

Tajuk Buku: Tribut Buat Sang Murabbi
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 10.00
Sabah dan Sarawak: RM 10.00 + RM 2
Luar Negara: RM 10.00 + RM 6.00
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

ISBN: 9789675968020
Bilangan Muka Surat:

Petikan Buku:

Jemaah diuji dengan kepayahan dan kesenangan namun beliau tetap dengan dirinya yang sederhana. Intailah dia di markas tarbiah, di halaman markas dengan hamparan rumpur hijau yang dipastikan terpelihara, memungut sampah sarap agar keceriaan markas melambangkan citra perjuangan Islam yang mendambakan kebersihan. Ustaz membersihkan tandas markas, memeriksa aliran longkang agar tidak tersumbat walaupun beliau seorang ahli legislative yang berkesan di Dewan Negara.

Sosok seperti ini juga sukar digalang ganti, mesra dengan anak muda, mudah berkira dengan orang tua, mendengar dengan setia rintihan dan masalah ahli bawahan. Marah dan jerkahlah, Ustaz akan membalas dengan senyuman, sedangkan dia juga mampu menunjukkan ‘ kebanjarannya’. Makan bersila, berlaga lutut dengan ahli bawahan dibawah rimbunan teduh pokok, bergurau mesra merapatkan jurang pimpinan dengan akar umbi yang pelbagai.
Saya akan terus memancang sebuah ingatan Ustaz Hassan terhadap kami, pimpinan pemuda.

“PAS parti orang kampung. Orang susah menyokong PAS kerana perjuangan Islam yang PAS bawa. Jagalah akar umbi. Jagalah cawangan-cawangan”.

No comments:

Post a Comment