Artikel Terkini

Sejarah Perkembangan FIS di Algeria

Info | Beli Buku
"Tidak ada perlembagaan dan tidak ada hukum. Peraturan yang ada hanyalah hukum Allah dan al-Quran"(Antara slogan FIS iaitu sebuah Gerakan Islam di bumi Algeria)

Algeria merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Menurut sumber yang saya tatap ini,bumi Algeria merupakan antara salah satu bumi yang pernah mendapat naungan kerajaan Khilafah Islam Turki,namun begitu bumi ini akhirnya ditakluki oleh kuasa kuffar Perancis pada tahun 1830.


Penjajahan kuasa Perancis tidak dibiarkan begitu sahaja oleh para ulama' Algeria,maka bangkitlah Syeikh Abdul Qadir al-Jazair yang menyalakan obor-obor jihad demi membebaskan bumi Algeria daripada cengkaman kuasa kuffar Perancis.Menurut sumber ini,bumi Algeria telah bersimbah darah-darah syuhada' yang gugur di medan jihad menentang kuasa kuffar sehinggakan bumi Algeria digelar sebagai 'NEGARA SEJUTA SYUHADA'.

Algeria menjadi sebuah negara sekular selepas mencapai kemerdekaan,bumi ini dipimpin oleh Ahmad Benbela daripada parti sekular iaitu FLN (Flant Liberation National).Namun begitu, beliau telah digulingkan oleh Menteri Pertahanannya sendiri pada tahun 1965 iaitu Kolonel Hawari.

Untuk pengetahuan,Kolonel Hawari walaupun berkelulusan al-Azhar,namun beliau bersikap menindas pejuang-pejuang Islam.Beliau mengamalkan sistem satu parti dan mengharamkan al-Qiam (sebuah pertubuhan yang menuntut Islam diberi peranan dalam negara).Di sini menunjukkan kepada kita bahawa belajar di al-Azhar bukan tiket atau bukti bahawa seseorang itu akan menjadi pejuang-pejuang Islam yang tulen.Berapa ramai yang belajar di sana,tetapi malangnya apabila tamat belajar,mereka takut untuk berjuang bersama-sama Gerakan Islam di tanah air masing-masing.Namun begitu,bumi al-Azhar tetap melahirkan ramai ulama' 'amilin yang berjuang dalam Gerakan Islam contohnya As-Syahid Syeikh Abdullah Yusuf Azzam,Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi dan ramai lagi.

(Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku)

2 comments:

  1. bagaimana nak beli buku ni ?
    email : zulhilmi6284@gmail.com

    ReplyDelete
  2. bagaimana nak beli buku ni ?
    email : zulhilmi6284@gmail.com

    ReplyDelete